Connect with us

Viral

“Habis Yang Kau Angkat Tunang Orang Dekat Laut..” – Kini Zul Ariffin Beri Nasihat agar tidak bersentuhan

Published

on

“Nak buat adegan bersentuhan dan pegang tak semestinya menjanjikan apa-apa kesan pun. Keserasian bukan sebab itu.”

Itu kata pelakon popular Zul Ariffin bagi memberi reaksi kepada gandingan sulungnya dengan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang juga wanita bertudung dalam drama Love Elsa.

Zul, 35, berkata, dia menghormati prinsip dan pendirian setiap pelakon yang bekerjasama dengannya dalam mana-mana drama.

“Sebagai pelakon saya kena terima situasi sebegini. Lain orang lain cara. Sebagai contoh, ada boleh bergurau dengan cara ini, cara itu dan sebagainya.

“Berlakon drama kita tidak ada banyak masa untuk sesi pembacaan skrip. Jadi, di lokasi penggambaran adalah waktu untuk kita faham pelakon lain terutama gandingan kita. Datang ke lokasi juga baru faham apa yang orang ini selesa atau tak.

“Bagi saya dalam lakonan ini lebih kepada hormat. Kalau tak perlu bersentuhan, tak perlu buat. Ada juga yang bertudung boleh buat adegan sebegini. Kalau dalam filem saya lebih banyak watak aksi, jadi tidak sama seperti drama,” katanya.

Zul yang ditemui pada sesi drama Love Elsa bersama media secara dalam talian berkata, pengarah drama itu, Michael Ang tidak pernah memaksa pelakon untuk menjayakan sesuatu babak yang memberi keselesaan pada pelakon.

“Dalam drama perlukan tindak balas, itu penting. Selebihnya bergantung kepada pengarah. Michael tak pernah paksa pelakon. Jadi, pelakon akan memberikan kerjasama baik dan semuanya akan okay,” katanya.

Drama Love Elsa ditayangkan di Slot Mega Drama, Astro Ria turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Zeera Azizi, Mona Allen, Ramona Zamzam dan ramai lagi.

Namun, ada juga netizen mempersoalkan kisah silam:

Habis yang kau angkat tunang orang dekat laut tu tujuan nya untuk apa ?

Jom Lihat apa kata netizen:

“Terbaik zul Ariffin,.. semoga akn lebih ramai lg pelakon yg akn buat mcm ni,….dah la berbakat hensem pulak tu,…..huhu huntung la sapa dpt zul”

“Dalam islam bersentuhan lelaki dan perempuan yg bukan mahram hukum haram…titik so tak de tapi2”

“meluat aku…x abih abih cinta sampah sarap. cer buat filem, hidup seorang perasuah ke….cinta duit, sampai kena tembak mati, dok peluk duit.”

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara