Connect with us

Entertainment

Zizan K0ngsi Gambar Uyaina, Sekali Kekasih Dia Datang Komen

Published

on

Kepada yang mengikuti perkembangan pelakon dan pelawak Zizan Razak pasti tahu kebelakangan ini pelawak itu  sering digosipkan bersama pengacara Wanita Hari Ini iaitu Uyaina Arshad.

Zizan sebelum ini dilihat sering memuat naik foto bersama Uyaina sehingga ramai yang beranggapan pelawak itu sedang mencuba mengambil hati pengacara wanita itu.

Terbaru, Zizan sekali lagi memuat naik foto mereka bersama di set penggambaran sebuah drama lakonan Uyaina.

“Usu sakinah bersama usul periksa yang dia dah berpunya ke belom??? Ade netizen boleh info??? @uyainaarshad #sekadarbercanda”

Tampil berani dengan kapsyen seakan bertanya adakah Uyaina sudah berpunya atau pun tidak, nampaknya pertanyaan itu dijawab oleh pengacara jelita itu.

“Eh eh sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula 🧐🤔 Haha 🤣🤪” jawab Uyaina

Untuk yang mengikuti Uyaina pasti tahu beliau kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon baharu iaitu Raja Syahiran.

Apa yang lebih menarik perhatian warganet, apabila Raja Syahiran turut membalas hantaran yang di muat naik oleh Zizan di IG nya itu.

“@uyainaarshad kalau bercanda bersama usu silakan aja, kalau bercanda dengan uyaina apakan daya 🙏🏻😭”

Fuhhh pasrah betul komen Syahiran bila ‘buah hati’ kena usik ya!

Sementara itu, Zizan dilihat membalas komen Syahiran dengan tenang mengatakan bahawa maksud bercanda yang ditulis di hantarannya itu adalah ditujukan kepada netizen, malah turut mendoakan kebahagiaan mereka.

“Allah bercanda tu untuk netizen sahaja adik ku sayang. No worries abang doakan adik dan @uyainaarshad kekal till jannah.. ❤️❤️❤️”

Nampaknya macam dah terjawab persoalan kepada desas-desus perhubungan cinta Uyaina dan Syahiran ni.

Kepada Zizan, It’s okay! Bunga bukan sekuntum. Kan?

Kami di Hot FM mendoakan Zizan bakal berjumpa dengan buah hati tak lama lagi!

Sumber : HOT.FM

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara