Connect with us

Entertainment

“Zizan buat saya ceria” – Nadia Brian Tak Tolak Jodoh Dengan Zizan Razak

Published

on

Baru-baru ini, pelakon Nadia Brian ada memuat naik beberapa keping gambar bersama Zizan Razak. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mahu mereka bercinta.

Mengulas mengenai perkara itu, Nadia berkata dia mahu tergelak. Sudah mengenali Zizan sejak beberapa tahun lalu, dia selesa berkawan dengan pelakon dan pelawak itu.

“Nak tergelak. Saya kenal Zizan sejak 2016 ketika kami sama-sama berlakon dalam teater Bikers Kental di Istana Budaya. Kebetulan, kami pun bergandingan sekali lagi dalam filem Rumah Maduku Berh.antu yang baru saja tamat penggambarannya baru-baru ini.

“Pada hari terakhir itu, saya memuat naik gambar bersamanya kerana sepanjang kami menjalani penggambaran, saya tak ada muat naik apa-apa,” katanya kepada Harian Metro.

Lebih menguatkan spekulasi mengenai hubungan mereka apabila Nadia dilihat turut meraikan majlis ulang tahun kelahiran Zizan baru-baru ini.

“Sebelum ini, kelab peminatnya membuat kejutan sempena ulang tahun kelahirannya. Kebetulan, ibunya juga turut hadir dan saya memang kenal dengan ibunya. Ketika kejutan itu dibuat, saya sedang berada di set dan ibunya tarik saya untuk sama-sama meraikan.

“Jadi, dari situ ada peminat yang mula membuat spekulasi mengenai kami. Tambahan pula, saya pun baru berc.erai dan dia pun masih tidak terikat dengan mana-mana hubungan,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia mengakui Zizan sentiasa membuatkan hari-harinya ceria dan tidak menolak jika Zizan ditakdirkan menjadi jodohnya. Namun, Nadia meminta mendoakan kebahagiaannya dan Zizan

“Dia sangat bertuah kerana dianugerahkan dengan bakat untuk menceriakan hari-hari saya. Memang ketawa sentiasa. Lagi satu, orang cakap Zizan adalah ‘playboy’, tapi bagi saya dia tidak begitu. Dia baik orangnya.

“Saya mohon doa daripada peminat supaya doakan kebahagiaan kami. Kalau Zizan j.odoh saya, saya tak mampu menolak, tapi kalau jodoh saya dengan orang lain pun, doakan saya bahagia. Begitu juga untuk dia. Saya pun kalau boleh nak berumah tangga semula sebelum usia 35 tahun,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:r otikaya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara