Connect with us

Viral

“Mereka juga terdedah..” – Zara Zya ada bagitau untuk ‘rider’, komen netizen cantik luar dalam jadi perhatian

Published

on

“Alhamdulillah,cantik luar dan dalam..” – Netizen

Menerusi artikel HM, Zara terpanggil untuk menyuntik keceriaan kepada ‘rider’ atau penghantar makanan, Zara yang aktif melakukan kerja kebajikan merancang mahu menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan berkenaan.

Bagaimanapun, Zara yang juga aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan berkata, dia tetap memerlukan dana bagi merealisasikan hasrat itu.

“Kalau ikut kemampuan saya boleh sediakan pek makanan, minuman serta pelitup muka dan sanitasi tangan, namun hanya terbatas untuk bantuan skop kecil.

“Saya rasa lebih baik niat baik ini dilakukan bersama orang ramai yang menyumbang. Lagi ramai yang beri sumbangan, insya-Allah lagi luas skala bantuan ini boleh dianjurkan,” katanya.

Menurut Zara, penghantar makanan juga menjadi ‘frontliner’ atau barisan hadapan selama ini demi memenuhi permintaan masyarakat sejak penularan Covid-19.

“Mereka juga terdedah pelbagai risiko. Jadi, saya mahu menyumbang sesuatu untuk mereka. Kecil atau besar bantuan itu, pastinya tetap memberi makna tersendiri kepada mereka.

“Saya antara yang turut menggunakan khidmat mereka. Pernah saya curi masa golongan itu dengan bertanyakan apa yang diperlukan sebenarnya. Kebanyakan memberi jawapan mereka perlukan pelitup muka dan sanitasi tangan.

“Dari situ saya terfikir untuk menganjurkan bantuan ini. Pastinya ada antara mereka pun tak sempat kerana terkejar-kejar kerana membuat penghantaran. Jadi, makanan dan minuman juga boleh membahagiakan mereka. Bahagian makanan yang akan diagihkan saya sendiri dan akan memasaknya di rumah seperti menu nasi ayam atau beriani,” katanya.

Sebagai permulaan, Zara yang mencipta nama menerusi drama bersiri, Love You Mr Arrogant berkata, dia akan meletakkan pek sumbangan itu di beberapa lokasi stesen minyak di Setia Alam.

“Saya menyasarkan untuk meletakkan sekitar 30 ke 50 pek bungkusan di setiap stesen minyak. Jika ada sumbangan lebih kelak, boleh kita luaskan lagi di kawasan pengagihan sumbangan,” katanya

Ada juga sanggup nak bagi hantaran bernilai RM20k:

Bagi yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian melalui Instagram @malaysia.prihatin atau terus ke akaun bernombor 8010356849 CIMB Bank di bawah nama Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan atau WhatsApp ke talian 017-8218385.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara