Connect with us

Entertainment

Zaman belajar dah habis, ramai seb4k tengok 2 sahabat buat sesi luah perasaan dalam kereta

Published

on

SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan.

Begitulah juga kisah dua sahabat ini yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Di aplikasi TikTok, tular video memaparkan Mohd Aliff Haiqal Roslan berborak di dalam kereta dengan rakan sebiliknya, Arif Zulhelmi Abdul Halim sebelum mereka berangkat pulang ke negeri masing-masing pada Selasa lalu.

Perbualan singkat penuh emosi antara dua pelajar jurusan Undang-Undang berusia 23 tahun itu ternyata mengundang sebak netizen sehingga ia meraih hampir 70,000 tontonan.

Mesra disapa Alif, pelajar dari Johor itu mengakui sedih apabila mengenangkan semula segala kenangan mereka sepanjang bersahabat di UUM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Kami satu jurusan, dah lama berkawan cuma baru berkesempatan jadi rakan sebilik ketika semester terakhir sejak Februari lalu.

“Pada hari Selasa lepas, kami berangkat pulang. Kami bawa kereta berasingan, saya ke Johor, dia pula ke Melaka.

“Jadi kami berhenti sekejap di Plaza Tol Seremban dan saya masuk dalam kereta dia untuk bersalaman dan berborak.

aliff3

Aliff (kanan) sudah menganggap rakan sebiliknya di UUM seperti keluarga sendiri.

“Jadi itu merupakan video terakhir kami. Saya tak sangka dia akan ungkapkan apa yang dia nak cakap pada waktu itu. Memang rasa sedih,” ujarnya kepada mStar.

Dalam rakaman tersebut, dua sahabat itu saling mengucapkan terima kasih serta menitipkan pesanan sebelum berpelukan dan bergerak pulang ke negeri masing-masing.

Menurut Aliff, banyak memori dicipta sepanjang bergelar pelajar, malah mereka juga sempat menjalani ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri bersama.

Sekurang-kurangnya boleh simpan sebagai kenangan, untuk tatapan pada masa akan datang.

ALIFF

Lebih pilu, mereka juga ‘terkurung’ bersama ketika UUM dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Jun lalu.

“Masa ada depan mata, rasa macam lama lagi. Tapi bila hari terakhir tu saya baru sedar bahawa zaman belajar kami dah habis. Lepas ni kalau jumpa lagi, suasana dah lain.

“Rasa macam sedih sangat. Banyak kenangan walaupun kami jadi rakan sebilik selama satu semester. Kami puasa, bersahur dan beraya di kampus.

“Hari tu UUM PKPD, kami banyak spend masa makan sekali, kelas pun sekali. Pernah juga dia sakit gastrik teruk sebelum ni, saya jaga dia selama dua minggu.

aliff1

Paparan skrin video tular yang meraih hampir 70,000 tontonan di TikTok.

“Saya dah anggap macam keluarga sendiri. Dia sebenarnya seorang yang pendiam, saya pula banyak cakap. Itu yang buat saya seronok usik-usik dia,” imbas Aliff berseloroh.

Tambah Aliff lagi, setiap persahabatan harus disulami dengan sifat ikhlas dan itu jugalah yang berlaku antara mereka.

“Kita buat apa sahaja, semuanya kena ikhlas. Saya tak rasa malu nak kongsi video itu. Kalau tak, nanti saya rasa rugi.

“Sekurang-kurangnya boleh simpan sebagai kenangan, untuk tatapan pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Tambah Aliff, ramai netizen turut menzahirkan rasa sedih dan berkongsi kisah mereka menerusi ruangan komen posting itu di TikTok.

“Saya terkejut bila tengok komen dah lebih 400. Semua cakap rindu roommate. Ada juga netizen yang kongsi kisah roommate mereka terkorban kerana Covid-19,” ujarnya mengakhiri bicara.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber:mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara