“Zaf Selamat, Cuma Kaki Dia Lumpuh…” -Netizen Syak Drama ‘Jangan Menangis Cinta’ Ditaja Oleh Syarikat Kedai Tongkat

Jangan Menangis Cinta ialah sebuah drama televisyen melayu tahun 2022 arahan Raja Mukhriz. Dibintangi oleh Amyra Rosli, Remy Ishak, Sharifah Fathimah Hawra dan ramai lagi. Drama ini mengisahkan Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuhnya. Takdir Allah tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran, tetapi dia tidak bahagia. Riyana bukan sahaja makan hati dengan suaminya tetapi juga dengan mak mentua yang begitu membencinya. Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia cuma seketika. Dugaan datang melanda, Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna. Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima, Cinta dihina, dicemuh, dibenci oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik. Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa sahaja.

Klip durasi pendek ini menunjukkan episod terakhir drama Jangan Menangis Cinta, dimana Datin Sri Sabrina memberitahu kepada Riyana bahawa Zafran kemalangan jalan raya sehingga kakinya lumpuh. Drama ini juga telah mendapat perhatian ramai.

Lihat klip durasi pendek drama Jangan Menangis Cinta:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Mamaku Sygku:satu pengajaran bila ada perasaan sayang tapi ego #hadirsupport

@AcikInaa :finally semua pakai tongkat..pengajaran dia..jgn mghina ciptaan tuhan..ckp yg baik2…doa yg baik2..

@Suara Hati4668:Derama ni semua nya bab kaki lumpuh, macam ada Dosa2 mereka yang telah laku kan masa lalu,

@EzzaHFauzi:itulah….benci sgt kat Cinta sal xde kaki. . betul dh jalan citer ni semua sal kaki

@Dee:Laa semua kaki yg problem ,aku dah pening tngok riz dgan cinta pakai tongkat

@fiedahazmal:komen2 mnghilng kn kemurunganku

Netizen turut memberi komen tentang drama ini, mengatakan drama ini penuh dengan komplikasi berkaitan dengan sakit kaki. Netizen juga syak bahawa drama ini ditaja oleh syarikat kedai tongkat. Ada juga yang mengatakan terhibur dengan komen-komen netizen dengan pelbagai nama tajuk drama diberi. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 225.5K penonton, 8718 sukaan dan 321 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*