Connect with us

Viral

Lama Menyepi, Yabang Khalifah Nyanyi Lagu Madah Berhelah, Sekali Apak Komen pada Yabang…

Published

on

Sebut sahaja nama Yabang, pasti ramai mengenalinya dengan kumpulan Khalifah yang dianggotai oleh komposer lagu jiwang terkenal, Apak.
Mohammad Qidam bin Abdullah adalah nama sebenar ‘Yabang’, Yabang merupakan penyanyi bagi Kumpulan Khalifah, iaitu satu kumpulan rock di Malaysia. Yabang juga adalah bekas penyanyi utama kumpulan rock tersohor di Malaysia, Jinbara. Siapa je tak tahu kan? Sungguh nostalgia lagu – lagu yang dimainkan oleh Yabang dan artis artis terdahulu.

Menerusi satu video yang dimuatnaik dalam channel ‘Youtube’ Yabang Khalifah ASB, Yabang mendendangkan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Ziana Zain iaitu lagu Madah Berhelah. Lagu Madah Berhelah ini dikategorikan sebagai lagu berhantu kerana tidak ramai yang boleh nyanyikan nya dengan baik dek kerana korus yang memerlukan suara yang tinggi.

Dahulu, Khai Bahar juga pernah popular dengan menyanyikan lagu Madah Berhelah dan tular dalam media sosial dan itu sebelum Khai bergelar penyanyi di tanah air.

Berbalik pada Yabang, pada April 2016 , lagu ‘Hang Pi Mana’ telah menjadi tumpuan dalam kalangan remaja Malaysia. Selepas membuat lagu ‘Hang Pi Mana’, Kumpulan Khalifah telah membuat lagu terbaru iaitu ‘Hang Pi Raya’ yang sama lagu seperti ‘Hang Pi Mana’ tetapi liriknya telah diubah oleh Yabang sendiri.Penyanyi yang bersuara unik ini juga telah membuat lagu ‘Assalamualaikum Ustazah’.

Jom dengarkan lagu Madah Berhelah nyanyian Yabang:

Dalam ruangan komen, min terlihat nama ‘Apak Channel’ meninggalkan komen:

“Jom la rekod lagu baru…”

Selamba je kan Apak ajak Yabang rekod lagu baru ye.. – Netizen

Jom Lihat apa lagi apa kata netizen:

“Orang yang “cuba” belajar untuk menyanyi macam yabang je akan rasa dan faham. Yang kata “meneran” tu meh upload video kau nyanyi lagu ni “meneran”, nak dengar gak bagus mana kau punya teran tu.”

“MashaAllah, recording sama live suara yabang tetap sama tak ke laut… Semoga yabang sehat² selalu panjang umur dan terus bekarya sepanjang hayat dan kekal dengan kumpulan Khalifah aamiin ya Allah, salam dari Brunei Darussalam”

“Assalamualaikum Kanda yabang semoga sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan khalifah vokalis powerfull voice the best Alhamdulillah”

“tringin sgt2 nk dengar lagu2 dr khalifah yg setanding dgn lagu rock dlu2…abg yabang msih mampu untok beraksi…”

Selain itu, anda juga boleh layan lagu Di Alam Fana Cinta versi Yabang KHALIFAH:

Memang padu ya nyanyian Yabang. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: UTUBE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara