Connect with us

Viral

“Wawa Zainal Tiru ‘Design packaging’ ?..” – Founder produk kini bersuara

Published

on

Pengasas kosmetik yang dikenali dengan panggilan Kak Belle memberikan respon terhadap komen netizen yang menuduh dirinya mendakwa pelakon Wawa Zainal memplagiat rekaan pembungkusan produknya.

Menerusi platform media sosial Tik Tok miliknya, Bella memberikan penjelasan mengenai perkara itu selain menyatakan permohonan maaf secara terbuka.

“Bagi pihak Hermosa, saya ingin meminta maaf berkenaan dengan posting saya baru-baru ini kerana ia tidak ditangani dengan baik.

“Sebenarnya saya tak merujuk kepada mana-mana produk pun, untuk rekaan itu adalah secara kebetulan, jadi atas sebab itu kami sangat-sangat memohon maaf dan kami akan cuba yang terbaik untuk menangani isu ini.

“Saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana mengetengahkan isu ini kepada pihak kami. Kami akan pastikan situasi seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.

“Saya tidak ada sebarang niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak sebab saya buat rekaan itu dah lama cuma saya terkejut bila ada orang buat packaging yang sama,” jelasnya.

Terdahulu, kecoh di Tik Tok apabila Wawa dituduh memplagiat rekaan pembungkusan produk kosmetik lain.

Perkara itu bemula apabila video pendek daripada pengasas produk itu menyatakan warna dan rekaan yang hampir menyerupai pembungkusan produk miliknya.

Malah dia juga turut membuat perbandingan kedua-dua produk tersebut di dalam video berkenaan dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Bagaimanapun netizen kurang bersetuju dengan pandangannya dan menegaskan rekaan sebegitu boleh diambil inspirasi daripada platform Pinterest.

Menerusi entri terbaru Aeril Zafril, Aeril turut memberi pesanan buat semua:

Jangan gila pujian, janganlah kita tertipu dengan pujian orang lain

Ibnu ‘Ajibah mengatakan,

“Janganlah engkau tertipu dengan pujian orang lain yang menghampirimu. Sesungguhnya mereka yang memuji tidaklah mengetahui dirimu sendiri kecuali yang nampak saja bagi mereka. Sedangkan engkau sendiri yang mengetahui isi hatimu. “

Ada ulama yang mengatakan, “Barangsiapa yang begitu girang dengan pujian manusia, syaitan pun akan merasuk dalam hatinya.”
(Lihat Iqozhul Himam Syarh Matn Al Hikam, Ibnu ‘Ajibah, hal. 159, Mawqi’ Al Qaroq, Asy Syamilah)

*Itu jika kita terleka pada pujian jujur orang lain pada kita. Bagaimanalah pula kalau kita sendiri yang mengangkat diri atau mahu/ingin orang lain memuji diri kita yang kononnya (agar dianggap) ‘bijak pandai’???*

Bahkan tidak sedikit orang yang dalam hidupnya banyak memakai bermacam ‘topeng-topeng’ kerana laparkan tanggapan pujian atau rindu sanjungan orang lain pada dirinya. Mahu dianggap dirinya ‘A’ sedang hakikatnya ‘F’. Sungguh terseksa batinnya bila berterusan begitu.

Ingat.. Kalaulah bukan kerana ALLAH menutupi aib-aib kita… Jadi jangan pernah ‘Mabuk Pujian’.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Aeril Zafril via gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara