Connect with us

Entertainment

Walaupun Lokasi Sajat Masih Belum Diketahui, Mahk4mah Telah Membenarkan N0tis ‘B4nkrup’ Buat Sajat

Published

on

Shah Alam: Mahk4mah Tinggi Shah Alam di sini membenarkan n0tis keb4nkrapan terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diserahkan secara penyampaian ganti melalui n0tis iklan dan penampalan.

Peguam utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan berkata, ini berikutan kegagalan usahawan terbabit membayar penghakiman sebanyak RM200,000 kepada bekas stokis utama iaitu OWA Resources seperti yang diputuskan Mahk4mah Rayuan pada April lalu.

“Dua plaintif dari OWA Resources iaitu Nurwati Hussin, 41, dan Mohammed Syakir Hussin, 32, berkata, notis berkenaan sudah dibuat minggu ini namun pihaknya belum menerima sebarang afidavit membantah notis kebankrapan itu oleh pihak Muhammad Sajjad.

“Pihak anak guam tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan.

“Oleh itu, kami mendapatkan kebenaran mahk4mah untuk menyerahkan notis secara iklan, menampal notis di mahk4mah dan di depan rumah defendan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Nurul Hafidzah berkata, pada tahun lalu, anak guamnya berjaya membekukan akaun bank defendan tetapi hanya dapat memperoleh RM5,000 iaitu baki terkini dari akaun terbabit.

“Ini dilakukan melalui tind4kan garnisi terhadap kesemua akaun defendan-defendan.

“Berikutan kegagalan defendan membayar penghakiman mahk4mah, anak guam tiada pilihan lain melainkan memb4nkrapkan defendan,” katanya.

Nurul Hafidzah berkata, mengikut penghakiman Mahk4mah Rayuan, Muhammad Sajjad gagal dalam rayuannya bagi membatalkan keputusan Mahk4mah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan usahawan itu membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,000 kepada OWA Resources.

“Difahamkan, pihak Muhammad Sajjad ada membuat cadangan awal bulan ini untuk membayar ganti rug1 itu secara ansuran sebanyak RM3,000 sebulan sehingga selesai pembayaran penuh tetapi pihak plaintif tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini OWA Resources cuba menyerahkan n0tis bankr4psi kepada Muhammad Sajjad sebanyak tiga kali termasuk percubaan menyer4hkan surat temujanji dan percubaan lain.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana semua percubaan serahan itu gagal kerana Muhammad Sajjad tidak dapat ditemui maka plaintif memfailkan n0tis terbabit untuk serah4n secara alternatif iaitu melalui notis iklan di surat khabar, di mahkamah dan juga di depan rumah defendan.“Berdasarkan not1s berkenaan, Muhammad Sajjad perlu membayar RM113,327 dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 13 September 2018 (tarikh pemfailan writ saman) sehingga 3 Mac 2021 (tarikh n0tis keb4nkrapan) serta kos mahk4mah sebanyak RM70,000 dan setakat 3 Mac 2021 jumlah itu menjadi RM197,329.87.

“Akta Insolvensi 1967 membenarkan prosiding keb4nkrapan dimulakan ke atas mana-mana individu yang gagal membayar penghakiman melebihi RM100,000.

“Oleh itu, OWA Resources memfailkan n0tis keb4nkrapan terhadap Muhammad Sajjad kerana masih gagal membayar jumlah berkenaan sehingga kini,” katanya.

Nurwati, Pengasas OWA Resources adalah bekas stokis produk bengkung dan girdle Muhammad Sajjad memaklumkan krisis undang-undang dan perniagaan itu menjadi pengajaran kepada syarikatnya agar lebih berhati-hati dalam memilih rakan perniagaan pada masa hadapan.

Beliau akan memastikan melakukan pemeriksaan wajar melalui peguam korp0rat yang dilantik sebelum menjalankan sebarang kerjasama perniagaan dengan mana-mana pihak selepas ini.

 

Sumber : hmetro

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara