Baru seminggu rapper, Yonnyboii dan personaliti media sosial, Nik Nazira mengikat tali pertunangan, timbul pula desas-desus men.dakwa bintang tersebut dikatakan telah merampas kekasih kepada penyampai radio, Imran Aqil.

Menerusi satu temu bual berama Melodi, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin tampil mempertahankan dirinya dan menjelaskan mengenai khabar angin tersebut.

8CF528E1 35A3 492C A267 1954E47178E0AFBE44B5 9CB6 4BB4 8F4C EED3256B937A

Menurut Yonnyboii, dia menafikan segala dakwaan tersebut dan menyifatkan perhubungan mereka telah terjalin selepas Nazira dan Imran berpisah.

“Tiada istilah merampas pun sebenarnya. Kami mula-mula memang berkawan je tapi perhubungan itu telah terjadi. Jadi, kami pun tak tahu nak explain macam mana. Ram.pas atau tidak, perkara itu dah terjadi. Cuma kami go with the flow.

“Saya tahu mereka masih berkawan. Saya ada bersama dia sewaktu dia sedih. Saya kawan baik dia. Jadi segala cerita yang dia tak puas hati, dia ceritakan kepada saya.

“Dia rasa susah hati nak cerita dekat pihak di sana. Dia pun banyak dengar masalah-masalah saya yang sebelum ni.

“Kalau boleh, tengoklah balik silap sendiri. Ada sebab dia pergi janganlah menyalahkan Nik Nazira sahaja. Ke.sian dia,” katanya.

Menerusi temubual yang disiarkan pada Ahad, pihak Melodi juga telah berjaya mendapatkan reaksi daripada Nik Nazira berhubung dakwaan tersebut.

0913AB89 988E 4D02 A486 1A10C469861EF3826449 35BA 4006 AB73 F12690688C2E

Jelas Nazira, hubungannya bersama Imran telah pun berakhir dan Yonnyboii merupakan antara individu yang sentiasa memberikan semangat kepadanya saat dia berasa sedih.

“Yonny tak ram.pas. Malah, dia lagi banyak nasihatkan saya untuk bersabar. Minta saya beri lagi peluang kepada pihak di sana kerana hubungan itu dah lama hancur meski sebelum kami putus. Dia tipu, dia curang.

“Kita yang perempuan ni pun dah tawar hati. Bila dah ter.sakiti sangat, kita pandang dia pun jadi sa.kit. Saya pergi ni pun sebab diri dia juga. Jangan salahkan orang lain,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Nazira juga turut menafikan sekeras-kerasnya suara-suara nakal yang mendakwa dia memilih Yonnyboii disebabkan populariti yang dimiliki bintang tersebut.

60F588B9 B9BE 4BAF 8285 E476FFE59F388008EB4D 877B 4015 9D1C 92C6C254D0D4

“Terkenal atau tidak itu bukan satu masalah. Sebab pada akhirnya nanti, bukan populariti itu yang jaga saya. Popular macam mana sekali pun, kalau dia tak boleh jaga saya, merana juga.

“Saya pilih dia sebab Yonny ada kritiria yang ‘dia’ takkan pernah ada. Orang tak boleh cakap, hanya kerana dia nampak baik di alam maya, tak bermakna dia baik di alam nyata. Saya kenal dua dua pihak. Saya tahu nak menilai mana baik dan buruk.

“Takkan la kita nak memperjudikan diri sendiri hanya kerana seseorang itu popular sahaja. Nanti pasangan sendiri tak terjaga kerana si.buk nak jaga populariti.

“Soal jodoh ni Allah dah tentukan. Kalau Dia dah merancang sebegitu, siapa saya nak menolak,” ujarnya lagi.

Sekadar informasi, Yonnyboii dan Nazira telah pun selamat mengikat tali pertunangan mereka pada tanggal 9 Oktober lalu.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Youtube Melodi, Instagram Yonnyboii & Nik Nazira

Previous article“Isteri Dah Berhijr4h, Suami Masih..” Foto Letak Tangan Di Bahu Fattah Amin, Netizen Tegvr Nelydia Senrose – ‘Fazura Tak M4rah Ka?’
Next articleIsteri Frontliner Minta C3rai, Kec3wa Suami Terlalu Sibuk Bawa Ambulans undang Sebak Ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here