Umum sedia maklum, selepas pemergian suami tercinta, penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) membuat keputusan untuk berehat seketika dari dunia hiburan.
Terbaru, di sebuah anugerah berprestij iaitu AMI Awards edisi ke-23 menampilkan persembahan pertama BCL di pentas buat pertama kali untuk melepaskan rindu kepada peminatnya.
Sumber: RCTI Entertainment
Persembahan duet bersama Ariel Noah dengan menyampaikan lagu Menghapus Jejakmu itu sangat dirindui peminat. Malah, persembahan tersebut turut menjadi tumpuan pencinta muzik tanah tempatan.
BCL turut meluahkan perasaannya setelah lama tidak membuat persembahan nyanyian di atas pentas khususnya di anugerah berprestij itu.
Sebenarnya nyanyi tapi cuma di rumah dan sekarang baru kembali ke panggung secara live. But I’m happy to be here bersama teman-teman juga semuanya di sini. And I’m glad, I am back.
Video persembahan pasangan duet tersebut telah dimuat naik menerusi laman YouTube RCTI Entertainment dan sudah mendapat lebih 2 juta tontonan. Rata-rata penonton kagum dengan persembahan yang ditampilkan BCL dan Ariel itu.
Sumber: RCTI Entertainment
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : OHBULAN