Connect with us

Entertainment

[VIDEO] “Sementara Menunggu Kebum1kan Jen4zah Berikutnya, kami Bertakbir Hari Raya Dengan Memakai PPE”

Published

on

Seremban: “Niat asal saya dan petugas lain adalah untuk bertakbir raya di pejabat saja namun ada empat lagi jenazah perlu dik3bumikan, jadi kami sepakat lakukannya (takbir) di tanah perkvburan saja,” kata Pembantu Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan Mohd Z Affendi Zakaria.

Mohd Z Affendi, 35, menarik perhatian netizen selepas berkongsi video memilukan itu di TikTok semalam.

@zackaffendi

salam aidiladha..mohon maaf jika kami ade membuat kesilapan #covid19 #frontlinermalaysia #zackaffendi #tajhiz

♬ original sound – zackaffendi


Menerusi video itu, kelihatan sekumpulan individu lengkap dalam persalinan kelengkapan pelindung diri (PPE) bertakbir raya di tepi pusara pada malam hari.

Berkongsi kisah sebenar, Mohd Z Effendi berkata, video itu dirakam seorang rakan yang juga petugas kira-kira 8 malam semalam di Tanah Perkubvran Maqbarah Salimah Ainsdale, di sini.

“Saya dan 12 petugas lain baru selesai mengebum1kan jen4zah lelaki ketika itu.

“Sementara menanti masa untuk mengebum1kan jen4zah berikutnya, kami bertakbir di tepi pusara dan ia sebenarnya dilakukan secara spontan.

“Ikutkan kami mahu bertakbir raya di pejabat tetapi masa agak suntuk dan kemungkinan tidak sempat jadi lakukan di situ (pusara),” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Mohd Z Effendi, laungan takbir raya itu dipimpin secara bergilir-gilir oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Mohd Kah’har Che Kasim, 34, dan Shahizad Shahmir, 38.

Katanya, mereka tidak mengambil masa yang lama tetapi hanya 15 minit saja dan seramai 13 petugas turut serta dalam laungan takbir berkenaan.

“Sayu juga rasanya ketika itu malah ia pengalaman pertama saya bertakbir raya di tepi pusara dengan memakai PPE.

“Video dimuat naik di TikTok itu juga bukan untuk meraih perhatian netizen atau menjadikannya tular malah sekadar satu perkongsian.

“Alhamdulillah, rata-rata netizen memberi kata positif di ruangan komen,” katanya.

Komen Netizen:

Sejak Jun lalu sehingga semalam, Mohd Z Affendi bersama rakan setugas dari Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan sudah membantu menguruskan 150 jen4zah di tanah perkubvran itu.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

 

Sumber:hmetro via tiktok @zackaffendi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara