Sebelum ini, tular di media sosial mengenai remaja perempuan berusia 14 tahun yang berkahwin dengan pasangannya yang berumur 15 tahun.
Terbaru, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mengikat tali pertunangan bersama seorang remaja lelaki dipercayai dalam lingkungan umur yang sama.
Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat remaja yang dikenali sebagai Leeya itu berkongsi momen gembira apabila dilamar oleh kekasihnya pada usia yang muda.
Leeya mengakui pada mulanya dia menyangka kekasihnya yang bernama Iqmal itu hanya bergurau, namun remaja berkenaan benar-benar melakukannya apabila pihak lelaki menghantar rombongan.
Meskipun usia mereka masih muda, namun perkara tersebut tidak menghalang untuk meneruskan majlis yang diimpikan sejak dulu lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah namun ada juga segelintir yang ‘pelik’ bagaimana pasangan itu direstui oleh ibu bapa untuk mengikat tali pertunangan pada usia yang begitu muda.
Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga dan dipermudahkan urusan ke fasa perhubungan yang seterusnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Sumber : https://malaysiapolitik.com/?p=2543&fbclid=IwAR0bLhyuo_eOXmqVKnL2wb5O4IaiZIGz44awpobNQsaEwJG13i9U3FQzC9Q