Connect with us

Uncategorized

[VIDEO] ‘Nak Tak Saya Sewakan Rumah Untuk Pakcik & Kucing-Kucing Semua…’ – Ebit Lew

Published

on

Ebit Lew Terk3jut, seb4k, kasihan sangat dengar seorang pak cik 75 tahun tidur dalam kereta dah dua bulan di bawah jejantas dekat Central Market Kuala Lumpur.

WALAU diuji bermacam kontroversi baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tetap meneruskan kerja-kerja dakwah dan membantu masyarakat setempat.Semalam, Ustaz berkongsi kis4h seorang pak cik usia 75 tahun yang dah dua bulan tidur dalam kereta. Kereta pula diletakkan di bawah jejantas.Boleh bayangkan macam mana sukarnya keadaan pak cik.Pak cik hidup sendirian dengan ditemani kucing-kucing yang setia berada di sisinya.Simpati dengan kehidupan pak cik yang serba susah, Ustaz Ebit menghadiahkannya sebuah rumah sewa yang menempatkan juga kucing-kucing yang dijaga pak cik selama ini.Dapatlah pak cik meraikan Hari Raya Aidiladha ini dengan lebih selesa dan tak perlu lagi susah hati.

Ini perkongsian Ustaz Ebit Lew:

“Terk3jut sebak kasihan sangat dengar seorang pak cik 75 tahun tidur dalam kereta dah dua bulan di bawah jejantas dekat Central Market Kuala Lumpur.

Baik sangat orangnya. Jaga kucing dalam kereta. S3dih tengok keadaan pak cik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba jer men4ngis.

Pak cik esok dah Raya Haji. Raya dalam ni jer ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi. Tiada ustaz. Hidup sendirian je.

Nak tak saya sewakan rumah untuk pak cik dan kucing-kucing ni semua. Baik ustaz. Bila tu ustaz. Sekarang kita gerak. Saya nak pak cik Hari Raya Haji dalam rumah selesa.

Pak cik terus men4ngis. Kenapa men4ngis pak cik. Ramai juga bantu. Tak sangka boleh dapat rumah terus. Terus ajak cari peti ais, mesin basuh, dan katil.

Pak cik kata tak perlah ustaz. Dapat rumah pun dah cukup. Banyak sangat ni. M4lu saya. Macam mana saya nak bayar semula. Cukup doa jer pak cik.

Ini berkat pak cik sayang kucing. Allah bagi rezeki. Kita bertemu. Beri sedikit duit belanja. Dan saya bawa ke elewsmart beli makanan kucing, pasir kucing, dan sedikit bekalan makanan.

Semoga pak cik sentiasa sihat dan dimudahkan segala urusan. Semoga menjadi asbab kebaikan.”

 

Video penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


Sumber/Foto: Ustaz Ebit Lew via astroawani

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara