Connect with us

Viral

[VIDEO] “Menag!s truk..” Masing2 Pembawa Gen Talasem!a, Pasangan Kekasih Trpaksa ‘Break Up’ Undang Sebak.

Published

on

Viral di media sosial pasangan kekasih ter.paksa berpisah selepas tiga tahun bercinta kerana masing-masing disahkan pembawa Talasemia.

Hasil perbincangan mendalam, mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hubungan demi masa hadapan keturunan. Keadaan menjadi lebih beremosi apabila masing-masing dilihat berat untuk menerima kenyataan itu.

Jika kita rajin membaca berkenaan isu kesihatan, pasti pernah mendengar pen.yakit talase.mia iaitu satu pen.yakit ge.ne.tik sel da.rah mer.ah. Pesa.kit talas.emia tidak dapat menghasilkan sel da.rah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, pen.ya.kit tersebut tidak ber.jang.kit dan terdapat dua jenis ta.la.se.mia yang utama iaitu pembawa gen talasemia( Tal.as.emia m.inor) dan pe.s.akit tala.sem.ia (Tal.asem.ia major).

Disebabkan itu, mereka yang menjadi pembawa gen talasemia dinasihatkan untuk tidak berkahwin dengan pasangan yang juga seorang pembawa gen talasemia.

Perkongsian buka mata ramai

Jadi, menerusi satu perkongsian video seorang pengguna TikTok Indonesia yang dikenali sebagai @szasaccount, dia telah memuat naik video menyedihkan apabila terpaksa memutuskan hubungan dengan lelaki yang dicintai kerana mereka sama-sama adalah pembawa gen talasemia.

Ter.pak.sa berpisah demi masa depan keturunan

Menurutnya, selepas tiga tahun bercinta, mereka mendapati yang mereka adalah pembawa gen ta.lase.mia selepas melakukan pemeriksaan kesihatan. Hal ini sama sekali akan mendatangkan ri.si.ko kepada anak-anak andai mereka berkahwin kelak.

Jadi, disebabkan perkara itu, mereka terpaksa berpisah dan masing-masing bersetuju untuk ‘meraikan’ hari terakhir sebagai pasangan kekasih.

 

Hubungan masih baik

Walau bagaimanapun, mereka tetap memilih untuk menjadi bestfriend kerana  sudah lama mengenali satu sama lain.

Hubungan mereka juga masih baik dan wanita itu tetap menghadiri majlis perkahwinan keluarga bekas kekasihnya. Hal ini disebabkan mereka memutuskan hubungan percintaan dengan persetujuan bersama kerana menyedari tentang ri.si.ko masa hadapan andai mereka berkahwin kelak.

Apa itu talasemia?

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi portal MyHealth menjelaskan, talasemia adalah kumpulan pen.yakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti.

Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksi.gen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang te.ruk.

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik. Pen.ya.kit Ta.las.emia adalah pen.yakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen.

Jenis-jenis Talasemia

Talasemia Major – Pe.sa.kit Talasemia.

Talasemia Minor – pembawa, tiada gejala-gejala dan kelihatan sihat.

Apakah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit Talasemia Major?

Sel darah merah dalam penghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan.

Kekurangan hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan.

Bagaimana talasemia boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak?

Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi daripada ibu dan sebahagiannya daripada bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah.

Contoh:

  1. Ibu bapa normal.

Kedua-dua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak.

2. Salah seorang ibu atau bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal.

Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia.

Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa.

Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major.

3. Kedua-dua ibu bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko.

Kedua-dua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap ke.ha.milan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ‘Thalasemia trait’, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal daripada kedua-dua ibu bapa dan ianya bebas daripada pen.ya.kit tersebut.

Tanda-tanda awal pada kanak-kanak:

  • Kelihatan normal semasa kelahiran. Walau bagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan.
  • Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah.
  • Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan se.sak na.fas.
  • Kulit kelihatan kekuningan (Jaundice).
  • Kurang selera makan.
  • Kembung perut disebabkan oleh pembengkakkan hati dan limpa.
  • Perubahan pada pembentukan tulang muka.

Bolehkah Talasemia dielakkan?

Tala.se.mia boleh dielakkan dengan pengesanan awal pembawa serta mengelakkan perkahwinan antara pembawa Talasemia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah rawatan dan kesan sampingan jika tidak dirawat, anda boleh merujuk kepada portal MyHealth KKM.

Anda juga boleh menghubungi hospital dan klinik yang berdekatan atau Persatuan Talasemia Malaysia untuk mendapatkan sokongan penjagaan kanak-kanak talasemia.

Kredit: MyHealth (Dr. Zulaiha bt. Muda) | TikTok @szasaccount

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: ohmedia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara