Connect with us

Uncategorized

[VIDEO] Gelagat Mak Melayan Anak Cuba Meng0rat Jiran Sebelah, Ibu Pula Sempat Rakam Gelagat Si Anak

Published

on

Pasti semua orang mahu mempunyai hubungan percintaan dengan orang yang mereka suka betul tak?

Tetapi, itu semua bergantung kepada nasib masing-masing. Mungkin ada sesetengah orang impian mereka menjadi nyata selepas bertungkus lumus untuk cuba mengenali pasangan mereka itu.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita sempat merakam gelagat anak lelakinya yang cuba untuk mengurat anak jiran sebelah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@cheta8608Mcm2 kerenah anak aku🤣🤣🤣♬ original sound – CheTa💞Comey


Rakam gelagat anak yang berusaha untuk mengambil hati jirannya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan ibu itu berkongsi gelagat anak lelakinya yang mahu mengurat anak dara jiran sebelah.

Wanita itu pada mulanya meminta agar anak lelakinya itu untuk menghantar laksa ke rumah jiran mereka. Namun, sebaik saja mendengar permintaan itu muka anak lelakinya berubah ke arah teruja dan tidak sabar mahu menghantarnya.

Apa yang lebih melucukan adalah anak lelakinya itu siap memakai kopiah lagi semasa mahu menghantar makanan tersebut kononnya mahu mengambil hati jirannya itu. Malah, si ibu sempat bergurau dengan anaknya dengan mengatakan dia hipokrit kerana mengubah penampilannya itu.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@cheta8608Reply to @akimiqbal Part2😅♬ original sound – CheTa💞Comey


“Imagine that girl seeing this on TikTok” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji bonding di antara hubungan ibu dan anak itu. Malah, ada yang berharap agar video ini dapat dilihat sendiri oleh jirannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 393.9K views, 42.9K likes dan 723 comments di TikTok:

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @cheta8608 (TikTok)

Semangat betul ya nak hantar makanan tu

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber:says via @cheta8608 (TikTok)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara