Sebuah klip video memaparkan sekumpulan petugas barisan hadapan di sebuah hos.pital mengadakan majlis bacaan yasin sempena pe.nutu.pan wad C.o.vid-19 menyentuh hati ramai pengguna media sosial sejak semalam.
Menerusi perkongsian seorang pemilik akaun bernama @kakbett, majlis itu diadakan semalam sebagai tanda kesyukuran kerana wad berkenaan akan mula beroperasi sebagai wad biasa.
https://youtu.be/vkbWALt1ukY
“Alhamdulillah hari ini (semalam) dengan rasmi wad kami sudah di.tu.tup untuk Co.vi.d-19 dan akan mula beroperasi sebagai wad biasa.
“Hari ini kami buat bacaan yasin dan majlis kes.yukur.an sambil makan sedikit sebanyak jamuan. Terima kasih Allah,” tulis jururawat itu dalam kapsyen video berkenaan.
Hidangan Selepas majlis Bacaan Yasin
Beberapa hari sebelum itu, dia turut memuat naik video menyatakan, sebuah wad kanak-kanak yang dijadikan wad Covid-19 kelihatan agak lengang berikutan bilangan pesakit Covid-19 yang semakin berkurangan.
“Alhamdulillah lagi beberapa hari wad kanak-kanak akan jadi seperti dulu-dulu. Tidak sabar hendak tengok wad kembali seperti sedia kala. Semoga Covid-19 terus lenyap di muka bumi ini,” ujarnya.
Siti Baienty Bersama Suamniya Dan Anak-Anak
Perkongsian itu ditonton lebih 50,000 kali dengan rata-rata netizen berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang sedia berkorban masa dan tenaga dalam memerangi pandemik Covid-19.
Majlis Bacaan Yasin Dengan Kawan Sekerja
“Terima kasih semua. Besarnya jasa dan pengorbanan kalian. Hanya Allah dapat membalas segala kebaikan,” komen @wardahkasim.
“Terima kasih semua jururawat di mana jua anda berada. Terutamanya yang pernah melayan saya dengan baik ketika di hospital walaupun saya warga asing,” ujar @mohdsyafique.
“Se.bak pula. Terima kasih petugas barisan hadapan atas semua jasa. Semoga dipermudahkan urusan kalian,” kata @ezzafaez.
Komen Netizen:
“Allah je yang mampu balas segala jasa dan pelan lelah fortliner..”
“Terima kasih juga pernah jaga arw.ah anak saya semasa hayatnya..”
“Terima kasih semua, besar jasa dan pengorbanan kalian..”
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber:K! ONLINE, Utube