Connect with us

Entertainment

[VIDEO] Air Mata Emma Maembong Mengalir, “Om4igad Macam Real Sangat”

Published

on

Nama Emma Maembong bukanlah baru dalam industri hiburan tanah air. Cukup berbakat dalam bidang lakonan, selebriti jelita ini memiliki barisan peminatnya yang tersendiri. Antara drama hasil lakonannya adalah My Coffee Prince, Awak Suka Saya Tak, Cemburu Seorang Perempuan dan banyak lagi.

Namun rasanya sudah lama Emma Maembong tidak muncul di televisyen setelah melahirkan anak pertama. Bagaimanapun, baru-baru ini air mata Emma Maembong mengalir dalam satu video yang dimuat naik olehnya sendiri di Instagram. Apa dah jadi ni?

Emma Maembong bersama anaknya

Dalam rakaman itu Emma Maembong miming semula satu skrip yang agak popular di aplikasi Tiktok. Namun apa yang membuat video tersebut mencuri perhatian ramai adalah penghayatan yang diberikan oleh Emma Maembong sendiri sehinggakan air mata mengalir bila mendengarkan ayat-ayat tersebut.

Berikut adalah rakaman air mata Emma Maembong mengalir yang dimuat naik di Instagram milik pelakon jelita ini:

Wow, penghayatan dan bakat lakonan yang tak dapat dipertikaikan lagi. Biarpun video Tiktok dari Emma Maembong ini ringkas namun ia telah meraih hampir 500 ribu tontonan dan 61 ribu likes. Rata-rata warganet memuji rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Omagigadd macam real sangat”

“Dan kenapa dengan aku sekali berair mata tengok nih”

“Apa ni nangis pun cantik”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HCL

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara