Connect with us

Viral

[VIDEO] “Air kot0r..” Gara2 Tidak Mahu Cuci Akuqrium, Skali Isteri Goreng Ikan Arowana Milik Suami Undang Tawa.

Published

on

Tindakan seorang suami yang enggan mencuci akuarium berisi ikan arowana peliharaannya berakhir padah apabila si isteri kemudian menggoreng ikan-ikan tersebut, lapor laman Suara.com.

Menurut satu hantaran di akaun TikTok milik @miakurniawan10, wanita itu berbuat demikian kerana geram dengan perangai suaminya.

Wanita tersebut meminta suaminya untuk membersihkan akuarium itu yang sudah terlalu kotor, namun arahannya itu tidak dipe.duli.kan lelaki tersebut.

Oleh kerana tidak tahan melihat akuarium itu yang sudah terlalu ko.tor, dia kemudian membersihkannya sendiri.

Namun begitu, si isteri tidak tahu cara yang tepat untuk melakukannya dan telah menyebabkan ikan-ikan tersebut menjadi ma.buk.

“Gara-gara suruh suami bersih.kan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri.

“Tetapi ikannya menjadi ma.buk,” demikian keterangan yang ditulis wanita itu pada foto ikan tersebut.

Oleh yang demikian, wanita itu pun membuat keputusan untuk menggoreng ikan-ikan tersebut. Dia bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi si suami selepas mendapat tahu ikan kesayangannya telah digoreng.

Video tersebut sudah ditonton lebih 4.1 juta kali dengan 110,000 tanda suka, malah netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Perutnya (suami) terke.jut kerana makan ikan mahal,” tulis seorang netizen.

“Terus dicam.pak isterinya ke dalam kolam,” tulis netizen lain. – AGENSI

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: kosmo 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara