Connect with us

Artis

Upiak Mnangis Lepas Fazley Trsingkir, Rupanya Ada Sejarah Antara Mereka Yg Baru Hari Ni Org Tahu

Published

on

Malam tadi, Datuk Fazley Yaakob telah tersingkir pada konsert Gegar Vaganza lapan (GV8) minggu keempat .

Namun bukar hanya penyingkiran Fazley yang menjadi bualan ramai tetapi ternyata ia memberi impak cukup besar untuk penyanyi Upiak Isil.

Siapa sangka pertemuan secara tidak diduga antara Upiak dan Fazley usai konsert keempat semalam menjadikan pekarangan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ‘dibanjiri’ dengan tangisan penyanyi Indonesia itu.

Difahamkan, momen penuh emosi itu berlaku ketika Upiak sedang memasuki kenderaan.

Bagaimanapun, kehadiran Fazley yang secara tiba-tiba melalui jalan sama menyebabkan Upiak terus dilanda emosi, sekali gus mengalirkan air mata.

Suasana ceria terus bertukar hiba

DaIam sekelip mata, suasana pekarangan PICC yang sebelum ini ceria terus bertukar hiba.

Menurut Fazley, kesedihan dialami Upiak itu terjadi kerana hubungan antara mereka berdua sangat rapat.

” Dalam GV saya paling rapat dengan dua orang iaitu Bandi Amuk dan Upiak. Upiak ni rapat sebab kami sebenarnya satu kampung dekat Bukit Tinggi

” Atuk saya belah ibu memang daripada situ dan kebetulan kampung Upiak sebelah-sebelah je.

” Upiak pun banyak cabarannya di sini, banyak masalah dihadapi, jadi Upiak bercerita pada abang.

” Banyak perihal masalahnya. jadi saya banyak bagi semangat, kekuatan, bantu bagi dia keyakinan bila dia down, pasal baju la, show la,” katanya.

Jelas Fazley, disebabkan semua itu, hubungan mereka semakin rapat dan Upiak menganggapnya sebagai abang.

” Jadi mungkin kesedihan tadi dia rasa kehilangan sebab dah tak ada abang dalam GV,” katanya.

Untuk rekod, Datuk Fazley Yaakob menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) kedua tersingkir pada konsert keempat yang berlangsung sebentar tadi.

Bertemakan Berdiri Bulu Romaku, Fazley yang menyanyikan lagu Mahligai Syahdu hanya mampu menerima markah 50% berbanding bintang lain.

Komen Tokram kenapa Fazley tersingkir

Dalam pada itu maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS memuji keberanian cef selebriti Datuk Fazley Yaakob yang berjuang habis-habisan hingga minggu keempat Gegar Vaganza 8 (GV8).

Biarpun tersingkir awal, kata Ramli, Fazley sudah menunjukkan keberaniannya dan mencabar diri dalam bidang nyanyian.

” Tekad keberanian dia masuk dalam GV saya respek dan kagumi. Dia berani walaupun dia mungkin berisiko terkeluar awal.

” Saya tak rasa dia nak popular sebab dia dah ada platform lain. Tapi dia nak menyanyi, tak apa. Saya kagum,” komen Ramli.

Dalam pada itu, ulas Ramli, juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 itu hilang banyak markah pada vokalnya menerusi persembahan lagu Mahligai Syahdu (Datuk Hattan).

Dibandingkan secara keseluruhan, Fazley hanya berjaya mengumpul markah sebanyak 50%, kurang 0.5% dari penyanyi negara seberang, Upiak Isil.

” Kalau tengok kreativiti, ia duduk dalam persembahan iaitu cuma 20 peratus. Vokal 80 peratus dan hilang banyak markah pada vokal.

” Kadang-kala dia tak menolong walau dapat markah tinggi dari segi persembahan pentas, memang dia dapat agak tinggi.

” Tapi secara matematiknya, markah vokal lagi tinggi jika dibandingkan dengan persembahan pentas,” ujarnya lagi.

Konsert keempat GV8 menyaksikan Adibah Noor yang menyanyikan lagu Jika (Melly Goeslaw & Ari Lasso) dalam rendisi keroncong mengungguli kedudukan dengan kutipan markah sebanyak 78.1%.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Datuk Fazley Yaakob yang mahu memberikan fokus utama kepada aspek vokal bagi melantunkan lagu milik Dato’ Hattan berjudul Mahligai Syahdu pada konsert minggu keempat Ahad ini.

Terdahulu Fazley telah menampilkan gimik bagi menyerikan persembahan nyanyiannya nanti apabila dikelilingi oleh penyanyi latar yang memakai topeng.

Fazley sebelum itu turut memberitahu beliau sudah berlatih dan meminta nasihat dari penyanyi asal lagu Mahligai Syahdu iaitu Dato’ Hattan.

” Kalau minggu lalu saya tekankan gelek dan tarian manakala vokal nombor dua. Walaupun saya cuba buat yang terbaik tapi masih rasa belum cukup.

” Minggu ini saya fokuskan pada vokal dan nyanyian semata-mata, tidak ada persembahan tarian tapi masih akan ada gimik kerana saya percaya persembahan pentas itu penting.

” Range vokal memang tinggi tapi saya boleh sampai…

” Lagu Maligai Syahdu saya masih boleh menyanyikan tanpa ada masalah besar, tapi kelas vokal saya masih teruskan,” katanya

Sumber:gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara