Yang Hormat Dato’ Ramli bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli M. S. merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6. Nama lain yang orang gunakan ialah Tok Ram, yang berumur 63 tahun dan bewarganegara Singapura ialah penggubah lagu, konduktor muzik dan seorang pelakon. Beliau sangat terkenal dengan ketegasan dan disiplinnya semasa bekerja. Walau bagaimanapun, di luar waktu bekerja, keperibadian beliau lebih kepada seorang yang suka bergurau. Beliau yang dilahirkan pada 1958 ialah seorang maestro muzik kelahiran Geylang, Singapura. Tok Ram hanya bersekolah sehingga darjah 6 sahaja berikutan masalah kesusahan hidup yang dialami sehingga menyebabkan Tok Ram mula bekerja sebagai buruh binaan seawal usia 8 tahun bagi membantu keluarga. Dek kerana minat beliau terhadap industri muzik, Tok Ram mula mempelajari ilmu muzik dengan bersungguh-sungguh pada usia 14 tahun melalui kaedah membaca dan bertanya pada insan-insan seni.

Menerusi satu klip video pendek di akaun Tiktok milik khaiartzfar22 menunjukkan Tok Ram sedang ditemu bual oleh beberapa orang wartawan. Apabila soalan tentang persembahan siapa yang betul-betul mengejutkan diajukan kepada Tok Ram, Tok Ram menceritakan tentang Jaclyn Victor. Reaksi yang Tok Ram tunjukkan itu memang dapat lihat bahawa perhatian beliau ditarik kepada persembahan yang ditunjukkan oleh Jaclyn Victor. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak pernah mendengar versi yang dinyanyikan oleh Jac tersebut. Rata-rata netizen yang komen di klip video tersebut juga sangat teruja dengan persembahan yang Jac tunjukkan itu. Ramai memberikan kata-kata positif terhadap persembahan Jaclyn Victor pada minggu pertama Gegar Vaganza 9.

Klip video tersebut mendapat sebanyak 184.7K tontonan, 5938 sukaan dan 140 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah untuk mendengar respon Tok Ram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@𝙈𝙃𝘼𝙎𝙢𝙪𝙨𝙞𝙘𝙡𝙖𝙗:Jac is queen tak pelik kalau dia juara

@Ashraf Zain:Jac is unwell but nailed it like nothing

@wong abdullah:jac level dunia da cuma xd rzeki

@AbeJal80:jac tu dah berpuluh tahun perform di club, lps tu sampai skrg masih aktif perform di show besar, mmg mknan jac laa tahun ni

@Nor Fadilah Mohamed:dia yg pandai menilai mesti dia tau ape yg terbaik…tp mmg nmpk jac xsihat pn dia bwk lg mmg terbaik..

@Dzacko Zainal:Dia Professional n dia masih lagi tngah peak mane boleh compare gan orang lama

Sumber: Tiktok, Wikipedia

Previous article“Dulu masa dapat chance nyanyi tiap-tiap minggu tarik diri, yang ni sibuk nak menyanyi…” – Nabil sindir Elly Mazlein
Next article“Kalau rasa mereka kutuk saya, saya tak ampunkan diaorang, jumpa di padang mahsyar…” – Ini respon Rosyam Nor terhadap isu yang sedang tular mengenainya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here