Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah bebas yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah. Tutur katanya yang lembut sering disenangi oleh banyak pihak tidak mengira umur mahu pun bangsa. Selain aktif berdakwah dengan cara tersendiri, beliau juga sangat terkenal dalam menyantuni isterinya. Malah setiap kali memuat naik perkongsian, pasti terselit ucapan indah dan sweet buat bidadarinya.
Bahagia & syukur kerana Allah menemukan kita..
Semalam di Twitter, Ustaz Ebit telah memuat naik perkongsian berbentuk video menyambut ulang tahun kelahiran isterinya. Menerusi perkongsian tersebut, beliau meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang cukup memahami. Sekali gus menjadi tulang belakang keluarga serta teman semasa susah dan senangnya.
Entah berapa hari lagi yang tinggal & terima kasih untuk 4 cahaya mata..
Dalam pada itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan yang dilakukan permaisuri hatinya yang sanggup bertarung nyawa melahirkan empat cahaya mata mereka. Malah pendakwah itu turut mengakui terharu kerana wanita berkenaan tidak pernah sesekali membebankan dirinya, selain sering melakukan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Tak tahu nak cakap macam mana. Tp benar bersyukur pada Allah. Terima kaseh bidadari abg sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini.
Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abg sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini pic.twitter.com/TOVJoH2lmA
— Pesan Ebit Lew (@ustazebitlew) June 16, 2020
Sannah helwah bidadari ustaz.. moga di bawah rahmat-Nya
Dikongsi sejak awal pagi tadi, klip video yang memaparkan kasih sayang hubungan kekeluargaan Ustaz Ebit nyata menarik perhatian ramai hingga meraih lebih puluhan ribu tontonan. Menjengah ke ruang komen pula, rata-rata netizen mengambil kesempatan mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan buat pendakwah berkenaan dan sekeluarga.
Sumber: Ohmymedia.cc
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.