Connect with us

Artis

Tular (Video) Ismail Sabri Sembang Dengan Kanak2 Di Pondok R&R, Ini Reaksi Zulin Aziz

Published

on

Satu perkongsian video menerusi Instagram hari ini yang memaparkan pertemuan mesra antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan dua kanak-kanak bersama bapa mereka di sebuah pondok di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lekas, men.curi perhatian ramai.

Meski dalam kesi.bukan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, namun beliau dilihat masih sempat isi masa menyantuni rakyat.

Menerusi video spontan itu, Ismail yang sedang berjalan dan lalu berhenti di pondok terbabit untuk berborak anak-anak kecil yang sedang makan sambil bersama bapa mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

“Ternampak dua anak kecil ini sedang makan nasi lemak bersama bapa mereka di R&R Lekas.

“Teruja melihat telatah mereka yang comel dan petah berkata-kata,” tulis beliau di ruangan kapsyen.

Lalu si.kap keprihatinan yang dipamerkan beliau disusuli dengan reaksi po.sitif daripada pengguna Instagram di ruangan komen.

Rata-ratanya memuji si.kap serta menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang gemar luang waktu bersama rakyat.

Sementara itu, hos dan pelakon Zulin Aziz turut sama tam.pil memuji si.kap Perdana Menteri.

Menurut Zulin, dia sama-sama tumpang gembira sekali gus men.yeru si.kap sedemikian perlu diterapkan dalam diri golongan bergelar pemimpin.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Nahu Rindu ini dalam satu muat naik terbarunya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

“Beginilah baru dinamakan Keluarga Malaysia. Walaupun berada di atas, Perdana Menteri kita tetap mem.bumi dan saling menjaga antara satu sama lain.

“Zulin gembira sangat bila tengok video Perdana Menteri meluangkan masa sekejap walaupun sibuk dengan kerja seolah-olah tiada jurang antara kita.

“Budaya sebegini yang perlu diterapkan apabila dilantik sebagai pemimpin,” tulisnya.

Bintang berusia 31 tahun itu juga memuji konsep Keluarga Malaysia yang diterapkan Ismail.

“Konsep Keluarga Malaysia memang sesuai dengan keadaan sekarang ini. Kita perlu bersatu dan tak boleh pentingkan diri.

“Terima kasih Perdana Menteri di atas cinta dan kasih kepada keluarga Malaysia,” tulisnya lagi.

Sumber: MH

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara