Semalam kerajaan telah mengumumkan ‘total lockdown’ bagi seluruh Malaysia selepas kes wabak COVlD-19 merekodkan angka baharu iaitu lebih 8,000 kes.

Terbaharu, tular di media sosial apabila terdapat kesesakan lalu lintas yang melibatkan laluan menghala ke Pantai Timur dan Selatan tanah air.

Gambar yang tular terbabit terjadi di Tol Gombak dan Tol Sungai Besi dengan ratusan kenderaan sudah mula berbaris di atas lebuh raya.

Tidak pasti ke mana tujuan mereka, tetapi ada beberapa andaian daripada warganet bahawa ini adalah cubaan rentas negeri disebabkan perintah ‘lockdown’ yang bakal dikuatkuasakan.

Beberapa warganet berharap kereta yang sedang beratur menghala ke Selatan dan Pantai Timur tanah air itu mengambil sikap bertanggungjawab dengan memikirkan penularan kes wabak COVlD-19 yang kini sudah tidak terkawal.

Selain itu, gambar terbabit turut mendapat perhatian Facebook rasmi Public Health Malaysia yang seakan kecewa dengan sikap segelintir yang cuba untuk merentas negeri.

“Sila kekal berada di mana anda berada sekarang. Jangan sia siakan pengorbanan semua. Bukan mudah untuk buat keputusan untuk lockdown,” katanya di laman Facebook mereka.

Dalam ciapan yang dimuatnaik oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia di laman Twitter, LLM melaporkan bahawa trafik mulai sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Timur.

Manakala Polis Daerah Gombak turut mengesahkan bahawa pemeriksaan ketat akan dilakukan pihaknya dan menjangkakan kesesakan lebih teruk akan berlaku akibat pemeriksaan itu.

Manakala trafik yang menghala ke Selatan pula, LLM menyatakan bahawa pada pukul jam 10.00 pagi tadi, trafik sudah mula sesak sekitar 1 KM sebelum masuk ke Tol Sungai Besi.

Situasi ini jelas tidak boleh diterima oleh warganet, tambah-tambah lagi dengan situasi COVlD-19 yang tidak terkawal.

Kebanyakan daripada mereka berharap agar pihak polis memeriksa setiap kereta dengan teliti agar tidak ada aktiviti rentas negeri hanya untuk pulang ke kampung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Previous article“Setiap marh4lah, ada saudara yang men4nti rezeki dari kita”Tiktok Fedtri Yahya Bvat Ramai Seb4k
Next article“Berkenalan Dengan Jej4ka PaIestin Ketika Remaja,” Wanita Muda Ini Ded4h Bagaimana Peras4annya Sebel0m Buat Keputusan Sebaik Tam4t SPM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here