Baru-baru ini kecoh mengenai persembahan nyanyian secara langsung penyanyi Nabila Razali yang dikatakan terkucil ketika menyanyikan single terbarunya berjudul ‘Peluang Kedua’. Gara-gara kesilapan tersebut, rata-rata netizen mula mempersoalkan kemampuan dirinya untuk membuat persembahan secara live.
Kalau Tokti yang ‘terkucil’ semua cakap masalah teknikal..
Susulan penularan klip video tersebut, seorang pengguna Twitter @af_ernie membandingkan kesilapan Nabila itu dengan penyanyi nombor 1 tanah air iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Ujarnya, Tokti juga dikatakan pernah melakukan kesilapan yang sama ketika persembahan di Anugerah Bintang Popular ABP (2017).
Sehari sebelum persembahan ada buat operation
Alah kalau nabila razali je.. ramai lah kecam..
Kalau tokti.. semua cakap masalah teknikal lah apa lah…
Semua org pernah buat silap.. tokti pun terkucil jugak bila live.. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA https://t.co/N8OZgOBY4C pic.twitter.com/cf6VTHIc5g
— Alif_EZ (@af_ernie) May 30, 2020
Terpanggil berhubung isu tersebut, Tokti kemudiannya tampil menjelaskan keadaan sebenar berkenaan kejadian tiga tahun lalu. Menurut beliau, sehari sebelum persembahan tersebut dia telah menjalani minor operation untuk tujuan persenyawaan in vitro (IV) iaitu prosedur mengeluarkan ovum atau telur dalam usaha hamil.
Nah, Tokti jawap ❤️ https://t.co/fuiaWpCRLg pic.twitter.com/tvgiH7tgKr
— Iman (@Adeliaimann) June 1, 2020
Saya bukan robot & tak muda macam dulu..
Keesokannya, beliau menyertai acara berbasikal sejauh 20km sebelum bertolak ke Putrajaya untuk sesi soundcheck di tapak acara ABPBH30. Bagaimanapun, beliau mula menyedari kemungkinan tidak dapat menyanyi dengan baik secara live. Tidak melatah dengan penyebaran semula rakaman video tersebut, Tokti mengakui kelemahannya dan menganggap kesilapan lalu sebagai pengajaran berguna untuk dirinya.
Saya bukanlah robot boleh buat segala-galanya dan saya bukan muda macam dulu. Nyanyian malam tu saya rasa paling teruk dalam sejarah..
Sumber : Twitter Adeliaiman, af_ernie via Erinsakura
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.