Connect with us

Viral

“Anda ingin tahu perkara pertama saya buat di JDT?..” – Memang padu ayat TMJ..

Published

on

“Beri ruang kepada TMJ memimpin bola sepak negara kerana pencapaian, keyakinan dan kecemerlangaanya dalam menerajui JDT terbukti berjaya.” – Netizen

Prestasi hambar skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini cukup membimbangkan.

Antara yang meluahkan rasa itu adalah pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bimbang dengan kemerosotan pasukan negara.

Lantas, Tunku Ismail meminta izin dan menawarkan diri untuk mengendalikan serta menguruskan skuad kebangsaan dalam saingan antarabangsa selepas ini.

“Kepada Presiden FAM, izinkan saya mengendalikan pemain dalam pasukan kebangsaan. Saya akan memberi mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

“Saya tidak dapat menjanjikan kejayaan segera, tetapi saya dapat memberi jaminan pasukan ini akan meningkat,” katanya di laman Story Instagram miliknya hari ini.

Tawaran Tunku Ismail itu susulan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam empat aksi antarabangsa dilalui setakat ini.

Daripada empat aksi itu, Malaysia tewas dua kali dalam aksi persahabatan di tangan Kuwait dan Bahrain dengan keputusan 1-4 dan 0-2.

Prestasi longlai itu berterusan dalam dua aksi kelayakan apabila tumbang 0-4 kepada UAE sebelum kalah 0-2 dengan Vietnam pada Jumaat lalu.

Ujar Tunku Ismail lagi, terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kemerosotan mendadak pasukan meskipun skuad kali ini dilabel antara yang terbaik ekoran kehadiran tiga tonggak naturalisasi iaitu Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh.

Malah, kekuatan skuad Harimau Malaya di atas kertas semakin ampuh apabila pertahanan kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools diumumkan sebagai pemain ke-26 pasukan.

Katanya, beliau akan melakukan perkara sama yang dilaksanakan di JDT sekiranya diberi tanggungjawab untuk menguruskan pasukan negara.

“Anda ingin tahu apakah perkara pertama yang saya buat di JDT? Saya mengawal akses atau pasukan.

“Dari media, wartawan, syarikat, dan juga pemain menggunakan media sosial,” kata bekas Presiden FAM itu.

Ujarnya lagi, beliau juga akan memastikan kriteria pengambilan pemain naturalisasi diperketatkan bagi membolehkan mereka yang terbaik sahaja menyarung jersi Malaysia.

“Ketika ini menjalankan tugas negara bukan lagi misi atau tugas besar bagi sesetengah pemain. Ia seperti percutian musim panas, sistem mesti berubah.

“Lepas ini naturalisasi jangan sebarang sebarang. Akan dikendalikan dan dianalisis oleh pasukan teknikal pasukan kebangsaan. Sama ada pemain sesuai dengan gaya permainan kita”.

Jom Lihat juga apa kata netizen:

“Kita perlu jurulatih luar utk bimbing tch. Dulu kita ada technical director tapi ke laut jadinya”

“Senang je. Mane yg mendatangkan kebaikan kemajuan kita sokong. Lumrah dunia bola la. Tukar tukar”

“Demi kebaikan pasukan kebangsaan kami sokong cadangan TMJ harap FAM akan beri peluang kepada TMJ dgn kemampuan dan kepakaran serta pengalaman yg TMJ ada utk tingkatkan kualiti pasukan kebangsaan.”

Walau apa pun, kita doa yang terbaik buat skuad kebangsaan ya. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara