“Tk prnh trbayang sy akn dpat hadiah hebat..”- Ini Hadiah Yg Mngejutkan Gayatri Dpat Dri Zul Ariffin

Bukan calang-calang hadiah! Pelakon, Zul Ariffin telah membuat kej.utan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah buat sahabat baiknya yang juga penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Gayatri, penerbit berusia 46 tahun itu memuat naik sepotong video menunjukkan keterujaannya menerima hadiah kereta mewah berwarna hita.m tersebut.

“Saya keh.ilan.gan kata-kata, tak pe.rnah terbayang yang saya akan dapat hadiah hebat seperti ini.

“Terima kasih Zul Ariffin dari su.dut hati saya yang tulus,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Gayatri dikenali sebagai antara individu yang banyak membantu menaikkan kerjaya lakonan Zul, 36, sehingga dia berjaya diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia tahun lalu menerusi lakonan cemerlang dalam filem Sang.kar.

Meninjau di ruangan komen, beberapa rakan selebriti seperti Liyana Jasmay, Nabila Huda dan Zalif Sidek turut tumpang gembira dengan hadiah yang diterima Gayatri.

Zul turut meninggalkan komen di posting tersebut, “Yay” bagi meraikan keterujaan rakan baiknya itu.

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*