“Tinggal Nak Dapatkan Permit Saja” – Eira Syazira Mahu Pindah Ke Indonesia

Baru-baru ini, pelakon Eira Syazira mengatakan dia bercadang mahu berpindah ke Indonesia untuk melancarkan lagi kerjaya nyanyiannya yang kini sedang dibina di negara jiran itu.

Eira atau nama penuhnya Syazira Shuhaimi mengakui dia akan menetap bersama keluarganya di Bandung dan dia juga sudah membeli rumah di Bandung.

Namun, katanya semuanya masih dalam perancangan kerana ada banyak perkara yang perlu diselesaikan dahulu seperti mendapatkan kelulusan permit untuk menjadi penduduk tetap di sana.

Menerusi temu bual bersama Harian Metro, Eira berkata buat masa ini dia akan berulang-alik dari Malaysia ke Indonesia sekiranya ada urusan kerja di sana.

Untuk pengetahuan semua, sudah tujuh tahun Eira membina kerjaya nyanyiannya di Indonesia di bawah syarikat Positif Art milik Om Jan.

Tambah Eira, dia kini menganggap Indonesia sebagai rumah keduanya dan Eira sudah menghasilkan lima single di bawah syarikat itu.

Namun oleh kerana pand3mik COV1D-19 dan sempadan negara ditvtup, Eira tidak dapat berulang-alik ke Indonesia untuk membuat aktiviti promosi single terbarunya.

Menurut Eira, dia sangat bersyukur kerana suaminya iaitu Azad Jasmin sentiasa memberi semangat dan membuatkan dia untuk terus maju dalam karier nyanyiannya itu. Eira juga yakin kejayaannya kini adalah kerana restu dari suaminya.

Sumber: – CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*