Connect with us

Entertainment

Tiba2 Dengar Bunyi J4tuh! Adik Dedah Apa Yg Berlaku Sebelum Kakak Terhemp4s Semasa Buat Terjun4n Rope Swing – “Dia kata kaki tak rasa”

Published

on

BER4T mata memandang, ber4t lagi bahu yang mem1kul beb4nan.

Begitulah kisah melibatkan Siti Halijah Abd Rahim, 33, yang p4tah tul4ng belakang selepas terj4tuh sewaktu melakukan aktiviti t3rjunan ‘rope swing’ di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Ahad lalu.

Menurut Mohamad Yakub Abd Rahim, 31, kakaknya itu baru selesai melakukan t3rjunan dan terg4ntung pada ketinggian sekitar 10 meter sebelum berlaku kesil4pan teknikal pada kabel menyebabkan dia terh3mpas ke atas batu dan j4tuh ke dalam sungai.

Bercerita kepada mStar, Yakub yang juga Pembantu Tadbir Undang-Undang di Mahkamah Tinggi Shah Alam mengakui masih lagi terkeejut dengan kejadian itu.

Ujarnya, dia pada waktu itu baru selesai melakukan t3rjunan sementara ahli keluarga yang lain termasuk ibunya sedang memerhati di platform tinjauan.

“Kakak memang suka sukan ekstr3m. Sehari sebelum kejadian pun dia pergi mendaki gunung di Negeri Sembilan dan pulang dalam pukul 12 malam.

“Dah lama dia nak buat terjunan rope swing. Dah banyak kali… saya t3pis dia ajak, tapi kali ni saya tunaikan hajat lama dia. Kami sekeluarga pergi pada hari tu termasuklah emak.

“Selepas daftar, giliran saya yang t3rjun dahulu. Masa saya kat bawah, saya tengok dia t3rjun dan swing sampai berhenti.

“Kira-kira 10 meter dari atas air, saya sempat sembang dengan dia. Dia kata best gil4. Saya pusing ke belakang nak ke tempat dia mendarat, tiba-tiba dengar bunyi j4tuh… sekelip mata,” ujarnya.

Yakub turut melakukan terjunan pada hari kejadian.

Tambah Yakub, kakaknya yang berada di dalam air diselamatkan oleh petugas water rafting yang berada berdekatan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Selepas menerima rawatan awal, kakaknya dipindahkan ke Hospital Selayang dan menjalani pemb3dahan akibat pat4h tul4ng belakang pada pagi Selasa.

“Masa diselamatkan kakak memang tak sed4r. Mereka pam d4da dan kemudiannya kakak sedar. Masa tu kakak tak ingat apa-apa, dia tanya kita ada kat mana?

“Saya cakap, kita jalan-jalan je… dia boleh bercakap tapi sangat lem4h. Dia kata kaki tak rasa. Dia ulang ayat kaki tak rasa tu sampailah kami tiba ke hospital,” ujarnya.

Kata Yakub, dia sekeluarga tidak menund1ng jari kepada penyedia khidmat aktiviti berkenaan, malah mereka turut menyatakan mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Menurutnya lagi, dia menganggap apa yang berlaku sebagai ketentuan Allah dan berharap ada sinar buat kakaknya itu.

Masa tu kakak tak ingat apa-apa, dia tanya kita ada kat mana? Saya cakap, kita jalan-jalan je.

MOHAMAD YAKUB ABD RAHIM

“Mereka tak lepas tangan, kami pun tak mahu tunding jari. Ini semua qada’ dan qadar. Mereka juga follow up dengan kami sampai sekarang.

“Cuma saya minta mereka tingkatkan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan seperti letak jaring fleksibel dan sebagainya.

“Kalau dah nak jadi, mungkin boleh berlaku kepada saya. Saya pun dah lama follow Instagram mereka, tengok tak pernah ada kejadian sebegini,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai keluarganya, Yakub mendedahkan mereka berasal dari Felda Sungai Retang, Jerantut, Pahang.

Ujarnya, kakaknya sebelum ini berkhidmat dengan Agensi 4nti D4dah Kebangsaan (AADK) sebelum berhenti kerja untuk menjaga bapanya yang j4tuh s4kit.

Selepas bapanya meninggl dunia pada 2015, kakaknya terus menetap di kampung untuk menjaga ibunya dan turut menguruskan ladang sawit yang diusahakan keluarga.

Mangsa sememangnya meminati sukan ekstr3m dan baru sahaja mendaki sebuah gunung sehari sebelum kejadian m4lang itu.

“Dia banyak berk0rban untuk keluarga. Kakak anak kelima manakala saya bongsu. Kami lima beradik dah berkahwin, hanya kakak masih bujang.

“Jadi dia ambil keputusan untuk jaga mak dan arw4h ayah masa dia berhenti kerja,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Yakub juga mengakui bersyukur jika ada mana-mana pihak yang mahu membantu dan menyalurkan sumbangan, khususnya untuk menampung kos rawatan susulan selepas ini.

Bagi mereka yang bermurah hati untuk meringankan beb4n keluarga ini, Yakub boleh dihubungi menerusi talian 012-2836884.

Dalam pada itu, Yakub turut berkongsi perkembangan mengenai kakaknya menerusi laman Facebook.

Malah, ramai kenalan serta netizen turut menzahirkan rasa simp4ti dan mendoakan agar kakaknya diberi kesembuhan segera.

Sumber: Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara