Connect with us

Entertainment

Terlanjur Kata Pada Sherry Alhadad, Ini Tindakan Mengeejut Usop Masa Live Akhir Big Stage

Published

on

GURAUAN penyanyi Usop yang menyentuh bentuk bad4n pengacara Sherry Alhadad di pentas akhir program Big Stage pada malam, Ahad mengundang kemar4han netizen di laman sosial.

Tidak mahu ianya terus berpanjangan, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, membuat permohonan maaf secara langsung kepada Sherry dan seluruh rakyat Malaysia.

“Sebenarnya saya nak cakap… tadi saya ada terlepas cakap. Saya harap semua orang tak terasa. Sebelum orang berkata-kata tentang saya dan akak (Sherry), saya nak minta maaf kepada akak.

“Saya nak minta maaf kepada semua orang yang terasa juga,” kata Usop.

Komen netizen yang kurang senang dengan kata-kata Usop terhadap Sherry.

Pada malam minggu akhir program tersebut, Usop yang menyanyikan lagu Arjuna dan Peluang Kedua itu menerima kec4man apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai bad4n Sherry sehingga netizen menganggap penyanyi itu melakukan ‘b0dy sh4ming’.

“Badan macam ini kena nyanyi macam inilah” antara ayat Usop kepada pengacara itu yang menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Saya minta maaf kepada akak (Sherry) dan semua orang yang terasa.

USOP

PENYANYI & PESERTA BIG STAGE 2020

Dalam pada itu, Sherry memberitahu dia tidak mengambil hati dengan apa yang dikatakan itu dan memahami penyanyi lagu Aku Yang Bersalah itu sekadar bergurau.

“Kami faham Usop gurau. Akak pun faham Usop sekadar bergurau, ” kata Sherry.

Usop mohon maaf secara langsung kepada Sherry.

Selain Ucop, empat orang peserta iaitu Qody Rany, Fadh Majid, Azzam Sham dan Dinie Rashid turut bersaing di pentas akhir untuk berebut gelaran juara Big Stage 2020.

Kesemua peserta dinilai oleh dua juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Ajai serta juri undangan Misha Omar.

Keputusan pemenang ditentukan oleh pemarkahan juri dan undian penonton secara online.

Big Stage musim pertama menyaksikan penyanyi Sarah Suhairi menjadi juara manakala juara untuk musim kedua pula milik penyanyi berasal dari Korea Selatan iaitu Han Byul.

Big Stage 2020 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan ia dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Sumber : Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara