Connect with us

Entertainment

Terkini 11 Anak, Christina & Suaminya Ingin Memiliki 105 Anak Bagi Memecah ‘Rekod Dunia’

Published

on

CHRISTINA Ozturk kini memiliki 11 anak.

Moscow: Pasangan suami isteri jutawan dari Rusia ini ketagihan untuk memiliki 105 anak bagi mem3cah rekod keluarga terbesar di dunia.

Christina Ozturk yang berusia 23 tahun kini memiliki 11 anak dan berkeinginan menambah lebih cahaya mata tanpa mengira latar belakang menggunakan khidmat ibu tumpang.

Portal The Sun melap0rkan ibu muda itu menggemari kehidupan berkeluarga besar bersama suami yang juga ahli perniagaan Galip Ozturk, 56, sehingga pasangan itu sanggup menghabiskan hingga 800,000 pound sterling (RM4.6 juta) untuk mendapatkan 100 bayi menggunakan kaedah ibu tumpang.

“Buat masa ini, saya mempunyai 10 anak dengan tambahan terbaru, Olivia, yang baru diambil pada akhir bulan lalu,” kata Christina kepada media Newsflash.

Foto ig:batumi_mama

“Saya sendiri melahirkan anak perempuan sulung saya, Vika enam tahun lalu.

“Selebihnya, anak-anak adalah milik kami suami isteri. tetapi menggunakan ibu tump4ng,” katanya.

Pasangan jutawan itu mended4hkan di akaun media sosial, mereka berhasrat memiliki 105 anak, tetapi mengakui itu hanyalah jumlah secara rawak.

Foto ig:batumi_mama

“Saya tidak tahu berapa jumlah akhirnya, tetapi kita pasti tidak merancang untuk berhenti pada angka 10.

“Kami tidak bersedia untuk membincangkan nombor akhir. Semuanya ada waktunya,” katanya.

Sekiranya dia ingin mencapai sasarannya pada usia 30 tahun, dia harus mempunyai 12 anak setiap tahun selama tujuh tahun akan datang.

Keluarga besar itu tinggal di bandar pesisir Batumi di Georgia di mana khidmat ibu tumpang dibenarkan dengan harga sekitar 8,000 euro (RM39,801).

Christina yang dilahirkan di Moscow adalah ibu tunggal dan ketika bercuti di bandar tepi laut itu bertemu dengan Galip, seorang jutawan hartanah dan pengangkutan yang berasal dari Turki.

Foto ig:batumi_mama

Dokumen hitam putih dan undang-undang sangat penting bagi ibu tumpang yang mengandungkan bayi kandung Christina dan Galip.

“Klinik di Batumi memilih ibu tumpang untuk kami dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk proses ini,” katanya.

 

Sumber:hmetro

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara