Shiera atau nama sebenar Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali sebagai Sharifah Shahirah merupakan pelakon, model, pelawak, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Selain itu, beliau mula dikenali sebagai pelakon pada tahun 1993 selepas menamatkan zaman persekolahannya dan mengikut jejak langkah kakaknya iaitu Sharifah Haslinda atau lebih dikenali sebagai Lynn yang lebih dahulu popular di kaca televisyen. Beliau telah berkahwin dengan Jatt iaitu vokalis kumpulan Black Dog Bone dari Singapura pada tahun 1993. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan tetapi jodoh tidak panjang, pasangan ini telah bercerai pada tahun 1999. Beliau berkahwin dengan Ijoy Azahari pada tahun 2003 dan hasil daripada perkahwinan ini, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik beliau iaitu shieraijoy sedang berada di garaj kereta rumahnya. Klip video tersebut menunjukkan beliau, suami dan anaknya sedang memasukkan sebuah televisyen ke dalam kereta. Aksi tersebut telah mendapat perhatian orang ramai. Rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka terkenang memori-memori awal perkahwinan mereka apabila melihat anak-anak Shiera memindahkan televisyen yang besar itu. Ramai juga yang mengatakan bahawa mereka juga pernah lalui perkara yang sama seperti anak Shiera. Ada juga yang mengatakan televisyen tersebut mesti terletak dari pintu kiri ke pintu kanan kereta.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 416.0K tontonan, 10.7K sukaan dan 163 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@LFA: dulu beli tv tp bawa myvi. saya dgn laki berjaya sumbat dlm myvi tapi saya drive muka dkt stereng. laki saya duduk muka dkt dashboard

@Bungacinta468: kena masuk ikut bonet. turunkn seat belakang..bru lepas. sy almari pn masuk dlm keta city

@Hasyir: Aduh kak rara..sewa kn je laa pickup si shuib tu kak..azab kereta tu nk pikul

@ezie8019: jatuhkan seat belakang masuk ikut bonet..kalau waja atau wira lepas ni

@Mommy FA: haha pernah. time pkp beli TV kat JB.lockdown je terus balik Selangor. berhenti kat rnr pun susah hati. sebab ttup dengan Kain

@JJSEESTHIS: kalau masuk sblh kanan, seat depan kiri dturunkan.. boleh rasanya…tp driver seat kena ke depan skit..

@Ai Collectibles Toys: 4tahun lepas beli tv 55inch kat decurve. Lupa nak check saiz keta. Nasib baik muat viva wehhhhh

@user8209640741617: Aku pernah kena macam ini masa beli tv aku 55 inci. Kena turunkan seat penumpang depan. Kalau besar macam tu aku rasa x boleh.

Sumber: Tiktok, Wiki

Previous article“Sebab tak boleh bergerak or menari, jadi kena duduk je…” – Netizen gembira melihat Uqasha dan Kamal Adli
Next article“Nak nangis tapi nak ketawa…” – Netizen terhibut melihat gelagat Anak Fazura dan Fattah Amin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here