Connect with us

Artis

“Terima kasih kerana mengh!na dan menc4ci saya..”- Bad Indigo

Published

on

Berdepan ujian besar apabila rezeki ter.putus ak.bat CO.V.ID-19, ditambah pen.ya.kit diabetes melarat hingga me.mak.sa jari kaki di.po.tong, ahli kumpulan Indigo, Bad, di.ke.cam netizen pula gara-gara kisah kepayahan hidup, viral.

Bad atau nama penuh, Badrul Izhan Yeop Abdullah kesal segelintir netizen melontar.kan ke.ca.man dan menganggap artis tidak perlu diberi layanan istimewa.

“Bukan semua artis kaya-raya dan hidup mewah. Kenyataan saya mengenai rawatan termasuk mencuci luka di hos.pital swasta, dipersoal netizen.

“Mereka cakap kenapa saya tidak pergi ke hos.pital kerajaan sahaja kalau tiada duit. Sebenarnya, ada perkara yang saya tidak mahu berkongsi dengan lebih lanjut.

“Tetapi rawatan mencuci bukaan luka bukan biasa. Ia perlu dirujuk kepada mereka yang lebih pakar. Ada benda yang mungkin orang nampak biasa atau senang, tetapi, saya yang melalui semuanya.

“Tidak mengapalah, terima kasih kerana meng.hina dan men.caci saya… Saya reda,” katanya kepada BH Online.

Bad men.gaku kesihatannya baik-baik sahaja, cuma, pergerakan terbatas dan ter.paks.a ber.gantung kepada ‘walker’ yang dilengkapi empat roda. – Foto Bad Indigo

Bad yang juga suami kepada Ashira Aziz men.ga.ku kesihatan dirinya ketika ini baik-baik sahaja. Cuma, pergerakan terbatas dan ter.pak.sa bergantung kepada ‘walker’ yang dilengkapi empat roda.

“Saya perlu jalani rawatan selang sehari dengan setiap kunjungan membabitkan caj RM35. Kalau empat kali rawatan, sudah jadi RM140.

“Kos ra.wa.tan memang membebankan. Apatah lagi saya tiada tawaran persembahan bersama Indigo sejak lebih setahun lalu.

“Saya bersyukur ada sahaja insan mulia bermurah hati seperti kenalan, saudara-mara dan mereka yang tidak dikenali memberi sumbangan.

“Diakui sifat rakyat Malaysia sangat pemurah dan baik hati menderma, biarpun ada antara mereka yang bergelut,” katanya.

Bad turut menerima hakikat sebagai pemegang status Orang Kelainan Upaya (OKU), mengaku isterinya juga berusaha membantu.

“Ashira mencari peluang menjana pendapatan dan membantu saya. Cuma, peluang itu belum ada, biarpun industri kreatif sudah diberi kelonggaran untuk aktif semula, baru-baru ini.

“Jika diikutkan, saya terbabit dengan kerja pengendalian acara termasuk membuat kertas kerja atau cadangan. Semua itu boleh dilakukan di rumah. Namun, belum ada tawaran datang,” katanya.

Isteri Bad, Ashira mencari peluang menjana pendapatan dan mahu membantunya, cuma peluang belum ada biarpun industri kreatif diberi kelonggaran untuk aktif semula. – Foto IG Ashira Aziz

Bad memberitahu, dia berusaha sebaik mungkin meneruskan survival dan berdepan cabaran hidup.

“Saya didekati Lembaga Zakat Selangor kerana mereka mahu memberi bantuan kepada golongan asnaf.

“Cuma, saya fikir, bantuan seumpama itu, biarlah yang terakhir saya terima andai sudah tidak berdaya. Selagi ada kudrat, saya ikhtiar selagi boleh.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada datang ke rumah, baru-baru ini. Mereka juga memberikan saya borang untuk mendapatkan bantuan sekurang-kurangnya RM300 sebulan.

“Cuma saya masih belum lengkapkan borang itu,” katanya.

Sumber: BH

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara