Connect with us

Entertainment

‘Terdengar Tumit Kasut Ibu Sandra Berlari Masuk Sambil..’ Saksi Akhirnya Ceritakn Semua Yang Dia Nampak

Published

on

Seorang pesak1t yang dikenali sebagai Amni Fatnin mendedahkan dia merupakan saksi yang berada di dalam wad yang sama dengan arwh Sandra Dianne selepas dipindahkan dari Unit Rwatan Rapi (lCU).

Menurut Amni, arwh telah ditempatkan berhadapan katilnya dan kagum melihatkan wajahnya yang sangat tenang dan bersih.

” Rasa terpanggil untuk cerita apa sebenarnya yang berlaku di depan mata.

” Hari Khamis (10.9.2020), seorang pesakit dari wad lCU masuk bilik yang sama dengan saya, katilnya di sebelah depan saya.

” Wajahnya tenang, bersih, cantik. K0manya macam tidur. Sesekali nurse datang, doktor datang panggil namanya, ‘Alesandra, Alesandra’.

” Ada seorang perempuan yang setia menjaga di sisi, pakai mask, susuk badan macam orang muda, jadi pada perkiraan saya itu kakaknya, hakikatnya itu ialah ibu yang sangat sayangkan anak perempuannya.

” Doa dan doa, bacaan yasin terus dibacakan. Ada juga sesekali si ibu pasangkan voice note kata semangat, (mungkin dari saudara atau sahabat dekat) di telinga pesak1t.

” Tiada respon dari pesak1t kecuali air mata. Nampak ibunya lap air mata si anak.

” Bila si ibu turun, naik pula seorang lelaki, bacakan yasin, azankan di telinga pesak1t, baca syahadah di telinga pesak1t. Pesak1t tetap tenang, macam tidur.

” Kemudian saya tidur tak sedarkan diri (kesan bius op3rate di badan masih ada)

” Jam 11 malam, nurse kejut untuk makan ubat. Dari sudut langsir yang sedikit terselak, nampak pesak1t yang tenang tadi, mula tenat.

” Doktor, nurse berkumpul, dengan sangat bersungguh cuba selamatkan pesak1t.

” Dengar tumit kasut si ibu berlari masuk bilik sambil menangis, mintak ditemani, mintak kekuatan.

” Lepas saya makan ubat, munt4h, cucvk jarum dan masuk ubat, saya tidur lagi tak sedarkan diri.

” Jam 2 pagi Jumaat (11.9.2020) saya terjaga sekali lagi. Kali ni kerana esakan si ibu. ‘anakku, anakku, oh tuhan, anakku’.

” Dengar suara lelaki cuba pujuk isterinya, ‘ikhlas , ikhlas, lepaskan’. Mesin pun dah tak bunyi.

” Saya panggil nurse untuk papah saya ke toilet. Dari toilet saya nampak jelas jnzahnya. Entah kenapa. Tenang sangat. Macam tidur.

” Wajahnya putih bersih, macam kapas. Tak ada 1 calar pun di muka, subhanallah, langsung tak macam acc1dent.

” Kemudian saya tidur lagi tak sedarkan diri, kesan bius belum habis.

” Bila saya bangun keesokan pagi, katilnya dah kosong. Jnzahnya dah dibawa turun.

” Dan bila saya bertanyakan nurse, baru saya tahu dia itu seorang artis, Sandra Dianne.

” Semoga awak husnul khotimah, Sandra. Sungguh, kem4tianmu disebut, dicemburui. Ramai yang doakan kamu.

” Jadi, di manakah kemanusian kamu bila kata arwh ‘m4ti katak’, ‘ibu arwh sengaja memilih untuk cabut oxygen dihari jumaat ‘.

” Ibu arwh lah yang paling terkesan, sedih dan tak bersedia untuk kehilangan anaknya, tak mungkin si ibu yang memilih hari untuk ny4wa anaknya dicabvt.

” Dan sebenarnya tak ada pun bantuan oxygen pada arwh. Yang ada cuma tiub.

” Saya cuma cerita apa yang saya nampak, dalam keadaan separa sedar.” akhiri Amni.

Sumber: FB Amni Fatnin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara