“Tegur Laa Elok-Elok, Dia Pun Ada Perasaan…” -Mas Idayu Dikecam, Marah Pembantu Tercucuk Pin Tudung

Mas Idayu dilahirkan pada 10 Januari tahun 1972, berasal dari Kota Tinggi, Johor. Beliau merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Menerima jolokan Ratu Gelek 45 darjah oleh Dato’ Hattan. Beliau merupakan salah seorang penyanyi ternama yang memperjuangkan muzik dangdut sejak era 1990an. Mas Idayu juga merupakan antara artis wanita dengan jualan album terlaris di era tersebut malah cukup terkenal dengan lagu-lagu dangdut malar segar seperti “Cintaku 100%” dan “Senggol-Senggolan, Cubit-Cubitan”.

Sepanjang bergelar penyanyi, beliau pernah memenangi dua trofi Anugerah Industri Muzik serta menjuarai rancangan realiti Mentor musim ketiga pada tahun 2009 yang mana beliau bertanggungjawab melatih dan mencungkil bakat penyanyi popular Black Hanifah. Beliau juga menjadi pengkritik tetap program Dangdut Academy Asia di Indosiar dari 2015 sehingga 2019. Pada tahun 2016, Mas Idayu telah dilantik sebagai tenaga pengajar di Akedmi Fantasia 2016.

Dalam video klip ini menunjukkan dimana Mas Idayu dibantu oleh pembantunya pin kan tudung tetapi beliau mendapat kecaman dari netizen, mengatakan berasa sedih apabila melihat pembantu wanita itu dimarahi dan meminta beliau untuk kawal emosi supaya tidak melepaskan kemarahan kepada mana-mana pembantu.

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@nazrulfitri21:kalau Dato’ Siti tak macam ni pon dia lagi popular tak sombong PON

@AFISLeyman:ni lakonan je kan.. klau dia marah bukan mcm ni caranya.. hehehe

@pikajim86:lain kali pakai sendiri la..kalo aku x sampai aty nk cakp camtu kat bdk tu..bdk tu pun sabar n senyum je..moga yg terbaik kat adik tu..

@Ayabalok66:tersentuh hati hakak tgk mamy marah adik tuu…sakit sikit je x nk sakit mamy cuba bt sendiri…fikir kan hati org lain sama..maaf luahan hakak ni…

@Mayang Kelapa:depa berlakon la..xkan mas idayu nak marah mcm tu sedangkan tau kena record

@umyintannurajizah:bukannya disengaja lah,,dia pun tak nampak,,garang betuy

Netizen turut memberi pendapat tentang situasi itu. Ada juga yang berkongsi pengalaman bekerja bersama selebriti, perlulah berhati-hati dan teliti kerana itulah mampu membuatkan kita kuat dari segi hati. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 1.5M penonton, 31.0K sukaan dan 5834 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*