Connect with us

Artis

“Tapi ckp, dgn izin Allah, asbab ank itu..” – Shuib ditegur selepas muatnaik gmbr bersama Ayash.

Published

on

Pelawak dan juga pelakon, Shuib Sepahtu, 37, memuat naik hantaran terbaru bersama anak bongsunya, Ayash Affan, akan tanggungjawabnya menjaga anak kecil itu yang tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu kandung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Perkongsiannya sering mendapat perhatian warganet termasuklah kata-kata semangat daripada pengikutnya yang prihatin akan nasib Ayash.

“Jangan cakap kerana anak itu ibunya pergi, tapi cakap, dengan izin Allah, asbab anak itu ibunya kesyurga. Moga membesar dengan baik Ayash.”

Terdapat komen pengikutnya yang mendapat reaksi positif dari warganet yang lain. Rata-rata bersetuju dengan komen itu dan menerima ratusan tanda suka.

“Dia lah ibu, dia lah ayah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.”

“Mata tak cukup tidur. Semoga Allah permudahkan.”

“Stay strong abang syuib. Saya mendoakan yang terbaik untuk abang shuib sekeluarga.”

Seperti yang kita tahu, pada 14 September lalu, bayi pra matang itu dibenarkan pulang kerumah, Ayash memerlukan penjagaan rapi kerana bayi yang dilahirkan pra matang antibodinya sensitif dan lemah. Ayash ditempatkan dalam inkubator sehingga 25 Ogos lalu dan diberi penjagaan sehingga berusia 41 hari. Ayash dibenarkan pulang ke rumah selepas itu.

Shuib bersyukur dengan berita kepulangan Ayash dan disambut dengan penuh kesyukuran oleh ahli keluarganya kerana sehari selepas itu adalah tarikh hari lahir arwah Siti Sarah dan Shuib mengucapkan terima kasih kepada doa-doa seluruh rakyat Malaysia.

Arwah Siti Sarah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.

Sebelum Ini, Menerusi IG Live semalam, Shuib memberitahu dia menguatkan hati untuk memberitahu kepada ketiga-tiga anaknya mengenai pemerg1an ibunya.

Kata Shuib lagi, sebaik sahaja dia pulang dari proses pengebum1an, anak-anak sudah mula bertanya mengapa wajah ibu mereka terpampang di media s0sial dan ramai ibu mereka sudah tiada.

Menerusi akaun Instagram Siti Sarah, Shuib memuat naik video dimana dia memberitahu anak-anak tentang pemerg1an ibunya dan selepas ini ibu mereka tidak akan pulang.

Sebaik sahaja Shuib mengatakan ibu mereka tidak akan lagi pulang, anak-anaknya menangis teresak-esak, malah Shuib juga dilihat sebak memaklumkan perkara itu.

“Ibu tak akan balik dah..Ibu dah tak ada tau..kita dah tak jumpa ibu. Ibu dah tak ada dekat dunia tapi ibu dah ada dekat syurga..” tuturnya lembut.

Perkongsian video tersebut turut membuatkan rakan artis dan netizen sebak serta menitipkan kata-kata semangat kepada Shuib untuk terus kuat demi anak-anaknya. Malah, ramai mendoakan ketiga-tiga ‘harta’ Allahyarham Sarah itu menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sumber : rotikaya, www.rotikaya.rimbabara.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara