Connect with us

Artis

“Tapau Habis, Tak sangka diorang boleh bawa lagu ni..” – Netizen

Published

on

Program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim kelapan sudah kembali bersiaran di kaca TV. Tidak dinafikan rancangan ini sering dinanti-nantikan oleh penggemar program ini. Ia merupakan program tahunan yang dinantikan.

Sudahpun bersiaran untuk minggu kedua, antara yang mendapat perhatian ramai adalah gandingan duo pelawak Saiful Apek dan Yassin yang dikenali sebagai kumpulan SA.YA.

Namun, pada awal kemunculan mereka dalam program nyanyian itu, mereka dikritik sesetengah netizen kerana beranggapan bahawa gandingan mereka tidak sesuai untuk menyertai pertandingan tersebut.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji persembahan pelawak otai dan mengatakan mereka mempunyai suara yang unik.

“TAPAU HABIS! Tak sangka diorang boleh bawa lagu ni. Umur diorang dah berapa wei. Memang real performer and entertainer! Salute dengan SA-YA!..”

Minat daripada zaman kegemilangan diorg dulu..terbaik.

Diaorang ni memang setaraf P.Ramlee & bujang lapok..

Definisi penghibur..yang menghiburkan ketika di atas pentas..langsung tak membosankan bila ditonton. itulah apek dan yassin..

Namun begitu, Siaful Apek mengatakan dia serta Yassin tidak mahu sama sekali dibayangi dengan Senario semata-mata.

Video dibawah:

“Kita bukanlah nak menyanyi komedi saja dalam tu. Kita bersaing setiap minggu untuk tugasan, ada tema, itu cabaran.

“Paling saya pasti, kami rasa lebih ‘secure’ apabila ada yang akan guide kami macam Tokram dan Cikgu Siti Hajar.

“InsyaAllah kita rasa kerja akan dijaga rapi. Kita pun tak nak buat kerja selekeh comot,” ujarnya Saiful Apek.

Program Gegar vaganza musim kelapan ini akan bersiaran secara langsung di Astro Ria pada 21 November 2021 dengan membariskan juri-juri hebat seperti Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Ia masih mengekalkan gandingan hos Jihan Muse dan Ahmad Nabil Ahmad yang akan mengendalikan program in selama 10 minggu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Youtube

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara