
Semua orang pernah berhadapan dengan konflik keluarga sama ada isunya kecil mahupun besar. Malangnya, kuasa veto yang dipegang oleh lelaki kadangkala membuatkan mereka sedikit lupa diri. Berikutan hal terbabit, istilah ‘husband toxic‘ dilihat semakin menular sehingga ramai netizen memberikan pelbagai reaksi dan pandangan.
Tergamak ugut nak cari pasang skandal waktu isteri derita kanser
Baru-baru ini, seorang individu telah berkongsi kisah duka menimpa kakaknya selepas dijodohkan dengan suami yang tidak bertanggungjawab. Menurut pemuda berkenaan, hubungan antara kakak dan abang iparnya mulai goyah saat wanita berkenaan disahkan menghidap kanser tahap 4 yang sekali gus membawa kepada satu episod hitam.
Dia sepatutnya bagi semangat untuk kakak..
Apa yang menghibakan adalah ketika wanita berkenaan sedang bertarung nyawa, abang iparnya tergamak mengugut untuk menjalin hubungan bersama perempuan lain. Dia bagaimanapun mengakui terkilan dengan sikap lepas tangan lelaki terbabit. Hal ini kerana, seharusnya dia memberi sokongan serta semangat kepada kakaknya namun sebaliknya pula yang terjadi.
Tanah pun masih merah, dia dah tuntut harta peninggalan kakak
Siapa sangka, keadaan menjadi lebih teruk apabila mereka sekeluarga diuji dengan pemergian kakaknya. Bukan sahaja tidak terasa dengan kehilangan itu, lelaki terbabit turut berkeras mahu menuntut harta peninggalan kakaknya yang baru beberapa hari dikebumikan.
Sumber: Erinsakura
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply