“Takda Yang Cuti Ke, Dari Raya Pertama…” -Sikap Rendah Diri Intan Najuwa Layan Peminat Di Pandu Lalu Starbucks, Dapat Pujian Ramai

Intan Najuwa Abdul Wahid merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 18 Ogos tahun 1997, berasal dari Johor Bahru, Johor. Mula bergiat di dalam bidang lakonan menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, dan mula dikenali menerusi wataknya sebagai Hanan Khaira di dalam drama popular Kekasih Paksa Rela dimana beliau telah digandingkan bersama pelakon senior Remy Ishak. Selain itu, beliau juga dikenali menerusi drama Tuan Danial dan Setelah Ku Dimiliki sebagai Tengk Ismahanim dan Sarra dimana beliau telah digandingkan bersama Idris Khan dan Zul Ariffin. Sebelum beliau bergelar artis, beliau juga merupakan seorang penulis blog yang kreatif dan menarik.

Intan Najuwa memulakan kerjaya lakonannya pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures. Pada tahun 2016, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi watak sebagai Abby dalam drama adaptasi novel karya Dekna Lee, Hantu Punya Bos bergandingan dengan pelakon Shukri Yahaya. Pada tahun 2017, beliau berlakon dengan pelakon senior Remy Ishak dalam drama Kekasih Paksa Rela. Pada tahun 2019, beliau digandingkan dengan Zul Ariffin dalam drama Setelah Ku Dimiliki. Drama tersebut menarik minat dan perhatian ramai kerana keserasian mereka dalam layar lakonan. Lantas, populariti Intan Najuwa semakin menaik dengan lakonannya bersama Idris Khan, dalam drama Saat Kau Takluk Cinta pada tahun 2021.

Perkongsian video klip ini dibuat dari akaun Intan Najuwa sendiri di Tiktok. Dalam video klip ini menunjukkan, beliau pandu lalu di Starbucks bersama rakan-rakannya. Reaksi Intan Najuwa dapat pujian ramai apabila pekerja Starbucks itu ingin mengambil gambar bersama, tetapi beliau sanggup turun dari kenderaan untuk bersama mereka supaya dapat melihat gambarnya yang lebih cerah berbanding dalam kenderaan.

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@pasta:omg so humble la you

@njai:Wah mmg jadi teringin lah aku dgn bergmbr dgn intan ui

@Nsriz:Baiknyaaa intan.. sanggup turun n layan org nak begambar. Seriously, mungkin x semua artis yg sanggup buat mcm ni.

@Mai:Masalahnya sekarang aku pn senyummm time dia ambik gmbr

@missfatiha93:Beauty with brain humble mcm2 lagi lah

@hnim:aku pulak yg tersenyum mcam ada sekli dlm camera

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan Intan Najuwa sangat baik hati dan sanggup turun dari kenderaan untuk bergambar bersama mereka yang sedang menjalankan tugas. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 891.1K penonton, 113.8K sukaan dan 441 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*