ADA yang suka melancong ke kota besar, ada pula yang lebih selesa bermandi peluh dalam hutan rimba.

Begitu juga dengan jejaka berusia 31 tahun ini yang mengakui beruntung dapat bertugas di Miri, Sarawak, sekali gus memberi peluang kepadanya untuk berada lebih dekat dengan alam semulajadi.

Menurut Mohd Solehhuddin Abdul Latif yang mengajar bidang kemahiran di Penjara Miri, dia mula menetap di sana sejak tahun 2018.

Sejak itu katanya, perspektifnya terhadap alam turut berubah dan mula meminati aktiviti yang mendekatkan diri dengan keindahan semulajadi.

“Di Miri banyak tempat untuk melancong yang cantik sebenarnya. Ada pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Dulu saya lebih suka pergi mall, tengok wayang dan sebagainya. Tapi lepas datang ke Miri, saya lebih berminat untuk masuk ke hutan dan cari ketenangan.

“Mungkin kerana faktor usia juga,” ujarnya berseloroh kepada mStar.

Mesra disapa Solehhuddin, dia juga pernah menawan puncak Gunung Kinabalu pada Februari tahun lalu, sebulan sebelum negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

solehuddin22

Jejaka ini mula berkhidmat di Miri pada tahun 2018.

Ujarnya, impian sejak sekian lama itu akhirnya tercapai dan ia ternyata memberi kepuasan tersendiri buat dirinya.

“Saya dah dua kali pergi Kinabalu. Yang pertama tak sempat sampai ke puncak, kali kedua pada tahun lepas baru berjaya naik.

Biasanya kalau masuk hutan, kita jangan terl4mpau seronok.

SOLEHHUDDIN

“Yang kali pertama tu saya semput. Kita kena ada stamina yang bagus, pernafasan juga kena betul.

“Bila sampai atas, dapat satu kepuasan dalam jiwa. Hilang semua rasa penat, memang sangat seronok,” ujar anak kelahiran Pahang itu.

Menurut Solehhuddin, lokasi seperti air terjun Giam di Bakam, Gua Niah dan Bukit Kasut juga wajib dikunjungi jika berkesempatan ke sana.

solehhuddin4

Kenangan ketika mendaki Gunung Kinabalu.

Sepanjang masuk ke hutan bersama rakan-rakannya, Solehhuddin mengakui belum pernah berdepan dengan gangguan atau perkara pelik.

“Alhamdulillah, tak ada pengalaman macam tu. Biasanya kalau masuk hutan, kita jangan terlampau seronok.

“Yang kedua, jangan buang benda merata-rata. Jangan cakap besar, kena sentiasa beringat.

solehhuddin3

Menurut jejaka ini, banyak sebenarnya tempat menarik yang boleh dikunjungi di Sarawak, khususnya di Miri.

“Biasanya saya masuk ke hutan dengan team, lebih seronok bila ada kumpulan dan kurang sikit risau kalau terjadi apa-apa.

“Saya pun banyak plan, cuma tak kesampaian sebab PKP. Jadi saya pergi yang dekat-dekat saja.

“Kebanyakannya saya pergi hiking dan cari air terjun,” ujarnya.

Mengenai dirinya, Solehhudin sebelum ini pernah berkhidmat di Penjara Pokok Sena, Kedah sebelum berpindah ke Miri pada 2018.

Katanya, dia tak kisah bekerja jauh dari kampung halaman, malah seronok meneroka tempat baharu serta keunikan yang ada di Miri.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber:mstar

Previous article“Saya p0tong tali pusat dan tengok dia keluar” – Nazrief Nazri syukur dapat teman isteri bersalin, sambut kelahiran bayi lelaki
Next articleBerat Badan Sherry Alhadad Turun 25kg Gara-Gara Hal Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here