Setelah dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-2, anggota kumpulan Heart, Azmi Saat meluahkan rasa syukur apabila memaklumkan isterinya kini sedang hamil empat bulan.

Jelas Azmi yang juga merupakan vokalis bagi kumpulan Caliph Busker, dia sebelum ini belum pernah menceritakan hal ini kepada sesiapa pun termasuklah Danial dan juga Ezad Lazim kerana merasakan semuanya masih terlalu awal.

Bagaimanapun, sehari sebelum pentas akhir berlangsung, isterinya dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital akibat mengalami gangguan pernafasan.

CF1B5245 4E4F 4DC7 B403 253E27836F1D

Lantaran itu, Azmi memutuskan untuk menceritakan perkara tersebut kepada dua sahabatnya itu sewaktu sedang menunggu di hospital.

“Sebenarnya saya dah tahu sejak dua bulan lepas. Tapi saya tak bagi tahu sesiapa sebab masih awal lagi.

“Kandungannya sekarang dah masuk empat bulan. Danial dan Abang Ezad pun tak tahu pasal ni.

“Bila malam tadi (khamis) kami buat latihan, tiba-tiba manager saya datang kata ada kecem4san. Isteri saya masuk hospital.

“Saya terp4ksa tinggalkan PICC. Pada mulanya kami rancang untuk buat latihan di rumah Danial tapi saya tak berkesempatan sedangkan hari ini final,” katanya kepada MH.

A9E69322 6BB6 4D33 A571 8AC211F10C85

C8A1CDD5 A7F1 4C5F 8E11 948C1B85158C

Dalam pada itu, Azmi turut meluahkan rasa terharu dengan semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh Azmi dan Ezad yang sanggup menemaninya walaupun terpaksa meninggalkan sesi latihan.

“Rupanya isteri saya mengalami sesak nafas. Dia memang ada asma. Paling menyentuh hati saya bila Abang Ezad dengan Danial tunggu saya di hospital.

“Saya amat terharu semangt setia kawan yang ditunjukkan oleh mereka. Dua jam mereka tunggu. Ketika itu baru saya bagitahu pada Ezad dan Danial.

“Mungkin pada ketika itu isteri saya penat sebab tu terjadinya sesak nafas,” jelasnya lagi.

FF6A034F 5A94 46D2 B94B A27791D1F514

Penyanyi lagu Tulus itu berkata sedemikian sewaktu ditemui ketika sidang media MLS2 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada Jumaat.

Ditanya mengenai perasaanya setelah mengetahui mengenai perkhabaran tersebut, Azmi mendedah dia kini harus bersiap sedia dari segi mental memandangkan dia dan isteri sudah selesa berdua hampir 10 tahun.

“Pada awalnya perasaan saya biasa sahaja. Mungkin lebih kepada memikirkan persediaan hidup baru. 10 tahun bagi saya dah agak lama.

“Saya sebenarnya dah reda untuk enjoy hidup berdua. Jadi kami memang tak fikirkan pasal anak.

B450F0B4 82D3 4072 8B76 EA6E4BEB4077

“Sebenarnya isteri saya dah pernah mengandung dua tahun lepas sewaktu tahun ke lapan kami berkahwin. Ketika itu memang kami pergi buat rawatan. Tapi tak sampai dua bulan dia gugur.

“Ketika itu adalah rasa sedih. Tapi sekarang ini saya gembira. Tak sangka Allah bagi juga rezeki. Saya rasa tahun ini tahun saya,” akhirinya.

Pada malam final MLS2, kumpulan Heart telah dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM150,000 berserta trofi.

Sumber : mediahiburan

Previous articleJurunikah Tidak Sah, 100 Pasangan Bernikah Sejak Sebulan Lalu Dipanggil JAIS
Next article“Fatima Aisya bukan ‘content’ untuk menarik perhatian ramai” – Fazura Tidak Mahu Dedah Anak Di Media Sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here