“Memang ada yang pandang rendah, gelarkan pekerjaan saya ‘low class’ (kelas bawahan) dan kata ia tidak sesuai dengan saya, namun saya anggap sudah ditakdirkan mencari rezeki dalam bidang ini,” kata pengawal keselamatan, Nurul Nazifah Zahari, 23.

Ibu tunggal anak dua itu berkata demikian sebagai reaksi kepada pertanyaan orang mengenai kerjayanya dalam bidang yang dipe.lopori lelaki.

Dia yang tinggal di Bukit Setongkol, di sini turut berkongsi kisahnya di TikTok yang mendapat perhatian pengguna media sosial, malah membuat video menjawab pertanyaan orang ramai mengenai pekerjaannya yang meraih lebih 360,000 tontonan.

Bercerita lanjut, Nurul Nazifah yang kini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau berkata, dia tidak pernah ma.lu hanya kerana mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan sebaliknya seronok dengan pekerjaannya itu.

ldsefjksdfn

Nurul Nazifah tidak ma.lu bergelar pengawal keselamatan demi menyara dua anaknya yang masih kecil. FOTO Ihsan Nurul Nazifah Zahari.

“Saya baru sebulan lebih bertugas di sekolah itu, tetapi sebelum ini pernah menjadi pengawal keselamatan di Hos.pital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selama dua tahun.

“Pengalaman dahulu amat membantu, cuma ada beza suasana kerja di hos.pital dan sekolah.

“Di hos.pital lebih mencabar malah saya pernah ditam.par pe.lawat yang enggan mengikut pera.turan waktu melawat. Ia pengalaman yang tidak per.nah buatkan saya se.rik,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nurul Nazifah, waktu kerjanya adalah 8 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali Ahad, dan dia ditugaskan mengawal pintu pagar hadapan dan memeriksa suhu guru yang masuk ke kawasan sekolah.

“Tugasan di sekolah kini tidak begitu berat kerana pelajar belum hadir ke kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara bersemuka.

“Akan datang mungkin lebih menc.abar terutama apabila pelajar kembali memulakan sesi persekolahan.

“Apa pun, saya bersyukur kerana ada pekerjaan ketika ramai dibuang kerja aki.bat pan.de.mik Co.vi.d-19,” katanya.

Dakwanya, ramai yang memandang hi.na sebaik tahu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk orang terdekat dengannya, tetapi dia tidak mengambil serius pandangan itu sebaliknya mengambil sudut yang po.si.tif.

Katanya, dia hanya mahu aura po.si.tif mewarnai kehidupannya bahkan pengawal kese.lama.tan adalah pekerjaan halal yang tidak perlu diper.tikai.kan sesiapa.

“Menjadi pengawal keselamatan menuntut saya untuk menghadap pelbagai kerenah dan ragam manusia walaupun sege.lintir orang luar fikir ia kerja yang santai.

“Itu hakikatnya dan kepada wanita di luar sana yang berminat lakukan pekerjaan ini, teruskan saja. Jangan ma.lu dan persiapkan fizikal serta men.tal.

“Dorongan saya untuk terus bekerja adalah dua anak yang masih kecil, jadi saya perlu berusaha keras. Saya juga menjual kek dan kuih termasuk secara siaran langsung di Bigo dan TikTok bagi menambah pendapatan,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber:HM

Previous article[VIDEO] Biar Betul Bigfoot Tu Wujud! Perkongsian Pemuda Ini Raih 4.5 Juta Tontonan Di T!kTok
Next article[VIDEO] “Alhamdulillah, Wad C0v!d-19 ditutup..” Staf Hospital Anjur Bacaan Yasin. Sekali Ini Reaksi Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here