Connect with us

Entertainment

‘Sweet Qismina Dan Adam Lee Dah Kahwin Ke?’

Published

on

Gara-gara kerap memuat naik foto dan video bersama, pelakon Sweet Qismina disangkakan sudah berkahwin dengan kekasihnya yang juga aktor Adam Lee.

Sweet menerima pertanyaan daripada netizen mengenai status sebenar hubungan mereka menerusi ruang komen di perkongsian video terbaharunya di laman Instagram.

“Diorang dah kahwin ke? Minta maaf tanya sebab ramai kata diorang dah kahwin,” komen individu tersebut.

Kredit foto: IG

Menerusi video tersebut, pemilik nama Farhanna Qismina Supandi bersama adiknya iaitu Farhanna Qisrina dan Adam melakukan gerakan tarian sempena perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Rabu.

Enggan membiarkan netizen berterusan membuat andaian, pelakon drama bersiri Pink Smile itu tampil membalas komen individu tersebut.

Pelakon berusia 24 tahun itu menjelaskan dia dan Adam masih belum berkahwin namun berharap individu itu mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.

“Not yet (belum lagi) tapi akan datang, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ya,” tulis Sweet secara ringkas.

Sweet dan Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee kini bergandingan sebagai suami isteri dalam drama bersiri Bidadari Salju yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat di TV3.

Pasangan kekasih ini mula menjalinkan hubungan rapat semenjak mereka digandingkan dalam sebuah drama berjudul Adam Chempaka pada 2019.

Menerusi temu bual bersama mStar pada 23 November tahun lalu, Adam mengakui dia menyimpan hasrat untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasih hatinya iaitu Sweet Qismina.

Pelakon berusia 27 tahun ini bagaimanapun memberitahu buat masa ini dia dan Sweet ingin fokus mengejar impian dalam kerjayanya masing-masing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara