Connect with us

Viral

Suka Tengok Hrithik Roshan Semasa Hamil, Sekali Lahir Ank 11 Jari – “Subhanallah, Anugerah Allah Paling Terindah”

Published

on

Gara-gara suka melihat Hrithik Roshan sepanjang kehamilannya, seorang ibu terke.jut apabila bayi lelaki yang dilahirkan mempunyai 11 jari sama seperti aktor Bollywood itu.

Menerusi platform TikTok, seorang ibu yang dikenali sebagai Reeen berkongsi keistimewaan bayinya itu untuk tatapan umum.

Menurut Reen, dia wajib melihat muka Hrithik setiap hari sehingga membuat satu folder khas di dalam telefon pintarnya untuk mengisi foto-foto pelakon filem Kabhi Kushi Kabhie Gham itu.

“Waktu preg.nant minat sangat-sangat kat Hrithik Roshan, siap buat album khas kat gallery sebab hari-hari wajib kena tengok Hritik Roshan. 29/9 dapat baby boy.

“Terke.jut aku dapat tahu baby ada ibu jari lebih sebelah kanan macam Hrithik Roshan. Subhanallah, anugerah Allah paling terindah.

VIDEO:

Menerusi perkongsian berdurasi 30 saat itu lagi, Reeen turut berkongsi foto jari keenam anaknya di sebelah kanan, sama seperti yang dimiliki oleh Hrithik.

Sementara itu di ruangan komen, perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi wargamaya.

Ramai yang memberikan komen positif bahawa jari lebih tersebut akan membawa kelebihan kepada anak tersebut berdasarkan kata orang tua-tua.

Tidak kurang ada yang melem.parkan ke.ca.man kerana wanita tersebut tidak sepatutnya menyukai lelaki lain selain daripada suaminya.

“@AdhAris:Alhamdulillah syukur… orang kata kalau ada jari lebih macam tu, dah besar nanti dia akan jadi org yang terbaik .. InshaAllah.”

“@wanda:Patut pregnant pandang suami. Dapat lah pahala juga. Ni dah kahwin duk tenung gambar laki lain kan berdosa kak oi.”

“@Alia Maisara:nanti aku ngandung tengok jungkook lah mana tau keluar muka oppa.”

“@Amirah Syamimi:MashaAllah, semoga menjadi anak yang soleh ye. So cute!”

“@user5678347034330:Alhamdulillah.. orang tua-tua kata banyak kelebihannya.. anak bertuah.”

“@NurShaBeLLa:Masa saya hamil suka tengok SRK.. YA ALLAH. ANAK KELUAR. HIDUNG SEBIJIK SRK.. KUASA ALLAH.”

“@BROSISBUNDLE:OMGGGGGGG betul-betul tekenan ni. moga baby ni membesar hensem segak kacak pandai menari mcm HR hehe sbb dia comel!”

“@ChiQue Azam:Masa saya pregnant anak no 2, suka tengok preity zinta. Ada berdoa minta anak ada lesung pipit mcm tu.. Alhamdulillah, Allah kabulkan…keluar perut dah nampak.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir dua juta tontonan dan 140,000 tanda suka daripada warga TikTok.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Gempak, Utube

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara