Connect with us

Viral

Pendapatan Youtube Makin Baik, Sugu Pavithra Akhirnya Dapat Merasa Miliki Rumah Baru

Siapa lagi tidak kenal dengan pasangan Youtuber Sugu Pavithra, dek kerana memaparkan gaya video yang bersahaja dan menggunakan bahasa Melayu telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia. Semakin dikenali dan diminati, nampaknya video-video yang dihasilkan oleh pasangan ini mendapat ikutan ramai dengan jumlah pelayar yang bertambah. Pendapatan makin baik Justeru, tidak dapat dinafikan pasangan ini berjaya […]

Published

on

Siapa lagi tidak kenal dengan pasangan Youtuber Sugu Pavithra, dek kerana memaparkan gaya video yang bersahaja dan menggunakan bahasa Melayu telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia.

Semakin dikenali dan diminati, nampaknya video-video yang dihasilkan oleh pasangan ini mendapat ikutan ramai dengan jumlah pelayar yang bertambah.

Pendapatan makin baik

Justeru, tidak dapat dinafikan pasangan ini berjaya mendapatkan pendapatan yang agak lumayan, sehingga membolehkan mereka membeli rumah baru.

Sugu Pavithra beli rumah baru!

Menerusi video terkini yang telah dimuat naik, memaparkan pasangan ini berkongsi berita gembira apabila berpindah ke rumah baru.

Kelihatan rumah tersebut lebih besar berbanding rumah lama, dapat diperhatikan pasangan itu bersama beberapa ahli keluarga turut datang membantu membersihkan rumah.

Suami berhenti kerja, fokus buat video

Rumah baru itu terletak di di Pekan Sungai Siput, Perak, memandangkan suaminya, M-Sugu, sudah tidak lagi bekerja di ladang. Ini kerana, dia mahu fokus dalam penghasilan video di Youtube.

Sikap rendah diri pasangan ini menjadikan ramai orang mula mengikuti mereka di laman Youtube dan menambah pengikut dalam masa yang singkat. Semoga terus berjaya Sugu Pavithra!

Sumber: Ohmymedia.cc

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara