Menjadi seorang suami dan ketua keluarga bukanlah satu tugas yang mudah. Seorang suami perlu menggalas amanah besar menjaga, mendidik dan juga memelihara isteri tidak kira waktu dan ketika.

Wanita adalah satu mahkluk ciptaan Tuhan yang indah dan istimewa. Bukan mudah untuk memahami mereka tambah-tambah lagi apabila sang isteri sedang sarat mengandung. Tentunya mereka memerlukan bantuan seorang suami kerana diri mereka yang tidak stabil dari segi fizikal dan emosi

PETALING JAYA – Satu tangkap layar di aplikasi Instagram mengenai ‘morning sickness’ yang dialami oleh seorang wanita ini menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial itu.

Kisah ‘morning sickness’ itu dikatakan bermula di Twitter baru-baru ini.

Menurut tangkap layar yang tular itu, seorang wanita menceritakan keadaannya semasa mengandung dan mengalami alahan yang teruk sehingga diperli oleh suaminya sendiri.

Bukan itu sahaja, suaminya juga menganggap wanita itu mengada-ngada kerana tidak mampu menguruskan dirinya sendiri.

Ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh suami wanita itu.

tgk

Tangkap layar yang memaparkan luahan wanita tersebut.

Menurut pengguna Twitter meminta wanita itu supaya bersabar dan buat perancangan masa depan dengan sebaik-baiknya.

“Tak perlulah ada anak sekiranya belum bersedia atau tak mampu galas tanggungjawab. Buat perancangan keluarga,” komen Aku Takumi.

Seorang lagi pengikut Twitter pula berkata, suami wanita itu sepatutnya menghargai dan menjaga isterinya yang mengandung sehingga bersalin bukannya dilayan sedemikian.

Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

1: Luangkan masa bersama isteri

Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini, isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada di samping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

2: Membantu pemakanan isteri

Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

3: Perlahan

Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

4: Jangan bertanya, terus lakukan

Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

5: Belajar

Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

Sumber: Trendingsngat.pw

Previous articleSeronok ‘J0get’ Dalam Kereta, Nonny Nadirah Selesa Jadi Diri Sendiri
Next articleNonny Nadirah Tampil Mohon Maaf & Mohon Doa Semua Orang dan Nonny Tampil meluahkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here