Connect with us

Entertainment

Siti Nurhaliza cari kanak-kanak daripada keluarga svsah, ajak ramai lagi pihak hulur bantuan

Published

on

TIDAK mahu berdiam diri, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Ahad melaksanakan Bantuan Prihatin 2021 bagi membantu 1500 keluarga terj3jas akibat pand3mik C0vid-19

Siti yang juga pengasas Yayasan Nurjiwa berkata, program ini menyasarkan golongan kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan di seluruh Selangor dan di Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


“Bantuan ini memfokuskan kepada barangan keperluan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah dan boleh dimohon oleh keluarga di Selangor dan di Kuala Lumpur.

Saya juga berharap agar lebih ramai lagi pihak yang akan menyertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini

SITI NURHALIZA

PENYANYI

“Kami akan usahakan secara berperingkat dan menyasarkan 1500 keluarga yang terj3jas akibat pandemik sewaktu Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini, ” ujarnya.

Penyanyi berusia 42 tahun ini juga mengalu-alukan lebih ramai individu, syarikat dan NGO untuk menyertai usaha ini sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin.

Program bantuan ini turut disertai oleh syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn.Bhd, Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn.Bhd.

“Saya juga berharap agar lebih ramai lagi pihak yang akan menyertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini, ” katanya.

Siti bersama suami dan dua orang anak mereka.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian syarikat yang menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan tersebut.

Malah, beliau terharu melihat sikap prihatin pelbagai pihak yang berusaha dan tidak henti menyalurkan bantuan kepada golongan dalam kesus4han.

“Sejak pand3mik melanda negara hingga ke hari ini, usaha pelbagai pihak menyalurkan bantuan tidak pernah terhenti dan saya terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh rakyat.

“Hari ini kita terus kuat bersatu dan menjadi sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan dan sebagainya,” ujar Siti.

Sumber:https://www.mstar.com.my/

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara