Connect with us

Entertainment

Shuib, Siti Sarah Disy4ki Terlibat Urusan Wang Har4m

Published

on

Memetik laporan Utusan Malaysia, pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM) hari ini disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang hara4m membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Laporan memberitahu, pasangan itu hadir tengah hari ini ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Menurut sumber, setakat ini si1asatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Sumber berkata, selain pasangan tersebut beberapa individu termasuk selebriti lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.

“Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Utusan memaklumkan pihaknya masih dalam usaha mendapatkan pasangan selebriti untuk pengesahan mengenai perkara itu apabila gagal dihubungi.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sumber : ROTIKAYA, UTUSAN

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara