PRIHATIN dengan nasib mngsa banjir di beberapa negeri, ramai selebriti mengambil kesempatan menghulurkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana alam itu.

Salah seorang selebriti yang turut melakukan inisiatif itu ialah penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira yang mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

Selain sumbangan makanan dan minuman, Shahira atau lebih mesra disapa Shiera berkata dia juga memberikan bantuan berupa pakaian dan seluar dalam untuk mereka yang memerlukan.

“Ni cakap terus terang ya seluar dan baju dalam baharu saya nak kena beli sebab sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli, size nasiblah main beli ni… ke banyak size XL ke atas, L faham sangat!

“Benda dah terdesak nak pakai, saya sumbang lain daripada lain sebab itu (pakaian dalam) pun penting. Seluar dan bra di mana murah nak cari ni, borong dekat mana?

“Ini pun saya campur duit korang bagi beli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah… tapi ini sangat penting!” katanya menerusi laman Instagram.

Sebelum itu Shiera berkongsi rakaman dia mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan pada mngsa banjir di sekitar kawasan Pahang.

“Ramai sangat DM kita nak hantar baju ke Pahang. Tapi saya kena hubungi NGO yang ke sana untuk ambil, memandangkan respon ramai sebab itu buat sendiri, suruh sepupu dan kawan kita bantu.

“Saya kena kerja, Sabtu baru turun. Yang penting kita semua doakan bagi cepat reda dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Malaysia yang sangat prihatin,” ujarnya.

sharifah shahira beri sumbangan rare kumpul bra dan seluar dalam untuk mangsa banjir nak gelak silakan ini sangat penting 5ff6a5db2e77c

Shiera kumpul pakaian terpakai untuk diserahkan kepada mngsa banjir.

Pada pagi Khamis, media tempatan melaporkan keadaan banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak bertambah buruk berikutan hujan lebat yang masih berterusan menyaksikan jumlah mngsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri terlibat terus meningkat.

Di Pahang jumlah mngsa banjir terus meningkat melibatkan 24,257 mngsa yang ditempatkan di 281 pusat pemindahan di sembilan daerah negeri ini.

Portal Info Benc4na Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan daerah Temerloh mencatatkan jumlah mngsa banjir tertinggi iaitu 5,764 diikuti Maran (5,275), Kuantan (3,461), Lipis (2,551), Jerantut (2,455), Raub (2,182), Rompin (986), Pekan (859) dan Bera (724).

Sumber: Mstar

Previous articleAksi Kaki Anzalna Nasir ‘Dig1lis Kereta’ Kembali Mengundang Tawaan Netizen
Next articleAdik Isa Khan kriitikal akibat C0vld-l9, guna alat bantuan pernafasan – “Kesihatannya semakin merosot kerana str3s berdepan proses cer4i”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here