Connect with us

Entertainment

Seorang Penuntut UPSI Yang Bekerja Sambilan Di Kedai Mamat Khalid, Kenali Siapa Yah Kucai

Published

on

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan pengarah tersohor Mamat Khalid telah menemui penonton bermula 15 April yang lalu.

Sudah beberapa hari ditayangkan, antara watak yang menc.uri tumpuan adakah Yah Kucai, seorang gadis kampung yang tiga suku dan suka meronda kampung menaiki basikal.

Menurut pemilik nama sebenar Afea Deanna Baharudean, 21, pada asalnya dia bukanlah seorang pelakon dan terjun ke bidang tersebut setelah dipanggil oleh Mamat Khalid.

“Saya sebenarnya seorang pelatih praktikal di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bekerja secara sambilan di Sarang Art Hub, sebuah kedai milik Mamat Khalid.

“Dari situ, Mamat perhatikan cara saya layan customer, cara saya jalan, cara saya bergaul dan dia terus panggil saya untuk mengisi watak Yah Kucai,” kata Afea ketika dihubungi Gempak.

Tambah Afea lagi, Yah Kucai merupakan antara penghibur penduduk Kampong Pisang kerana dia seroang yang mudah didekati.

“Yah Kucai ni sebenarnya masa dia dilahirkan, mak bidan terjatuhkan dia. Tu yang otak dia tak berapa nak betul. Yah Kucai ni seorang tiga suku. Dia juga antara penghibur di Kampong Pisang sebab seorang yang ceria orangnya dan suka tersenyum.

“Saya tak sangka Yah Kucai mendapat perhatian penonton bermula dengan ayat ‘mi kari kuah laksa’ tular di media sosial.

“Bila tengok orang suka dan terima watak Yah Kucai ni, sedikit sebanyak saya gembira dan teruja. Sejak dari episod ‘mi kari kuah laksa’ tu, saya berazam untuk memperbaiki mutu lakonan supaya lebih natural.” jelas Afea lagi.

Filem ini masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).

Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) dan ramai lagi.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, dia telah didatangi si ib.lis yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Tonton filem komedi sarat mesej ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 mulai 15 April 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang

Sumber : Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara